17 July 2010

Kesedihan selubungi setahun kematian Teoh Beng Hock

Si kecil Teoh ke kubur bapa



Air mata hampir kering untuk mereka yang dekat dengan mendiang Teoh Beng Hock yang ditemui mati selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setahun lalu.

Ibu Soh Cher Wei, buah hati Teoh, kelihatan sebak atas kehilangan lelaki muda yang sepatunya menjadi menantu keluarganya.

Tetapi anggota keluarganya dengan wajah sugul hadir ke tanah perkuburan Nirvana Memorial Park di Semenyih, tempat persemadian terakhir Teoh.

Kira-kira 150 orang hadir untuk upacara dua jam setengah itu, kebanyakkan sejak jam lapan pagi lagi.

Anak sulung Teoh- yang tak sempat dilihatnya - Er Jia buat kali pertama tampil dibawa ibunya Soh.

"Saya harap dia membesar macam orang biasa, jauh dari mata semua orang. Normal itu bagus," katanya yang tidak membenarkan gambar anaknya diambil daripada depan. - Mkini

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese