23 June 2010

Tok Guru Kami Bukan Pengganas



KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) menyifatkan tuduhan mengatakan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pengganas adalah satu tuduhan yang jahat, biadap dan bodoh.

DPPNT turut menafikan sekeras-kerasnya Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Penasihat Badan Perhubungan PAS Terengganu mengamalkan fahaman Wahabi sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar internet.
(Gambar - Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor bersama Timbalannya Ustaz Wan Sukairi (Kanan) dan Setiausaha Wan Faizul, dalam sidang media khas 'Tok Guru kami Bukan Pengganas')

”Kami Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu telah melihat satu kenyataan yang sangat biadap dan bodoh tentang satu tuduhan jahat khususnya kepada Presiden PAS yang juga penasihat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, yang Ketua DPPNT YB Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam satu sidang media disini hari ini 23 Jun.

Beliau mendakwa Umno/BN sengaja membawa isu tersebut bagi menutup segala isu penyelewengan, rasuah dan kegiatan haram yang dilakukan oleh parti itu.

“Umno membawa isu ini bagi menutup segala penyelewengan dan kejahatan mereka,

”mereka menghalalkan dan meluluskan lesen judi, mereka terlibat begitu ‘parah’ dengan rasuah, mereka banyak mebantu Yahudi khususnya memberikan RM77juta kepada syarikat APCO worldwide,”jelasnya.

Menurutnya, Umno mengambil tindakan demikian kerana berputus asa ekoran orang melayu Islam di negera ini tidak yakin kepada kepimpinan Perdana Menteri yang melantik APCO sebagai penasihat.

Oleh sebab itu, katanya, Umno menggunakan seluruh jentera untuk memburukkan imej Presiden PAS dan ahli-ahli agama.

”Umno mahu memesongkan pandangan rakyat terhadap isu sebenar (iaitu) kejahatan dan penyelewengan kerajaan,”katanya.

Justeru, DPPNT menuntut pihak yang membuat kenyataan dan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan itu dalam tempoh 7 hari bermula hari ini, sebagai pembersihan nama baik Tuan Guru Presiden yang tercemar dengan berita tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS mahu pihak Kerajaan BN dan Polis Diraja Malaysia memberikan penjelasan terhadap laporan akhbar tersebut.


Katanya, fitnah itu sengaja dicipta bagi memberikan imej buruk kepada Presiden PAS dan PAS sendiri.

Menurutnya, tuduhan seumpma itu bukanlah baru terhadap Presiden PAS, kerana katanya, Mossad telah membuat fitnah yang sama pada tahun lalu.

”Presiden PAS dituduh sebagai pengganas oleh Mossad selepas Menteri Pertahanan Israel membuat rundingan sulit dengan Zahid Hamidi, pada tahun 2007,”jelanya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan.

Katanya, ia jelas satu fitnah apabila Presiden PAS menang samannya ke atas akhbar ternama Britain, Daily Mirror.

”Akhbar itu telah bersetuju meminta maaf kepada Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi di Royal Court of Justice, ekoran penyiaran gambar dan berita berunsur fitnah yang mengaitkan beliau dengan pergerakan
al-Qaeda,”ujar Ustaz Idris.

Secara Langsung atau tidak, kata beliau, sebenarnya Umno/ BN telah memberi saham dalam melaksanakan tipudaya Yahudi Zionis dalam memecahbelahkan umat Islam.

Katanya, tindakan kerajaan Umno/BN memainkan dan memperbesarkan isu kecil perbezaan pendapat dalam Islam dan memberi gambaran bahawa pendokong perjuangan Islam yang sebenar merupakan pengganas adalah amat dipersetujui oleh Barat yang dipimpin oleh proksi Yahudi, terutamanya kerajaan Amerika Syarikat.

Beliau turut yakin, fitnah yang dilemparkan itu mempunyai matlamat ‘serampang dua mata’.

Disamping memburukkan imej PAS, katanya, fitnah itu bertujuan untuk menakutkan
orang bukan Islam yang semakin jinak dengan PAS apabila Dewan Himpunan Penyokong PAS berjaya dilancarkan.

Justeru, katanya, PAS menuntut agar Zamihan, PDRM dan Kerajaan meminta maaf kepada Presiden PAS dan mereka yang terlibat. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin