Mengenali Islam, hukum-hakamnya dan juga mempelajari tentang aqidah serta perundangan malah turut cuba memahami makna-makna Al-Quran. Setiap pertemuannya dengan pendakwa-pendakwah mesti mahu lagi mempelajari tentang Islam bagi membandingkan dengan agama-agama lain.
Kesudahannya, Tali Fahima(gambar pls48) membuat keputusan memeluk Islam.
Asal-usul Tali Fahima:
Berasal dari Yahudi Maghribi. Fahima dilahirkan pada 8 Februari 1976 di bandar kecil Fallujah Palestin " كريات جات ". Pada tahun 2002, Fahima mengikuti perkembangan gerakan penentangan Palestin. Lantas Fahima mengenali Zakaria Zubaidi, komander KATAIB SYUHADA AL-AQSA(sayap tentera FATAH) di Jenin yang ditangkap agensi perisikan Israel "SHABAK atau ISA" pada 9 Ogos 2004 selama empat bulan dan dihukum penjara selama tiga tahun atas dakwaan bekerjasama dengan musuh serta memberikan maklumat sulit yang menyalahi undang-undang antarabangsa.
Sekarang, Fahima menetap di kawasan Wadi Arah dan bekerja di bandar Ummu Fahm. Sumber menyatakan, Fahima beralih(memeluk) kepada agama Islam yang suci ini pada hari Isnin, 7 Jun 2010. - [sepenuhnya DI SINI]
No comments:
Post a Comment