19 June 2010

Namakan kucing Parsi Najib dengan Jenama Peristiwa peristiwa 1Malaysia.

COMEL... Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat anak kucing jenis kacukan Persian yang berumur tiga bulan yang dibelinya dengan harga RM650 semasa melawat gerai produk makanan kucing tempatan Vita Cat ketika melawat Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di Kuala Lumpur, semalam. - Foto THE STAR

Dato' Mahfuz Omar: Sebagai langkah popularitinya, Najib meminta orang ramai memberikan nama kepada kucing Parsi yang baru dibelinya sempena kempen belilah barangan buatan Malaysia.Langkah ini suatu langkah yang sangat baik dan wajar dialu alukan dalam usaha untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat.
sebagai rakyat Malaysia sewajarnya menyambut baik dan mengambil peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri untuk menamakan kucing Parsi tersebut.Saya mewakili sebahagian rakyat Malaysia berharap PM bersedia mempertimbangkan beberapa cadangan seperti berikut.

Kucing Parsi:PKFZ
Scorpene
F5E
Sime Darby
L dan M
KTM Tjg Pagar
Ben Judi Bola
Kem Sg.Besi
GST
Ban Subsidi
APCO
PRK SIBU
Monggolia/Altantuya

Langkah Najib ini memberi peluang pada rakyat untuk berkongsi pandangan dan cadangan menjenamakan kucing Parsi Najib dengan jenama Malaysia berasaskan peristiwa peristiwa yang berlaku disepanjang Najib memegang jawatan TPM dan PM.Dengan menjenamakan jenama jenama diatas maka Najib dan seluruh rakyat Malaysia akan terus mengigati peristiwa peristiwa hitam sebagai sejarah 1 Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

1) Ziana Zain

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese