12 May 2010

Semua terbongkar - Anwar



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya sedang mengumpul nama mereka yang terlibat dengan perancangan berhubung kes liwat yang melibatkannya.

Bercakap kepada media selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhenti rehat sebentar tadi, beliau memberitahu nama-nama terbabit seperti Datuk Seri Najib, Khairul Anas, Mumtaz, Ezam Mohd Noor.

"Semua terbongkar," ujarnya sambil menyatakan perbicaraan bersambung jam 2.30 petang ini.

Sementara itu, mahkamah pagi tadi menolak permohonan peguam Karpal Singh untuk mendapatkan kenyataan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang membuat keputusan itu sebelum rehat jam 10 pagi berkata, walaupun terdapat percanggahan dalam laporan polis dan pengakuan saksi tetapi kenyataan saksi tidak konflik dengan kejadian.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar hadir sama mengikuti perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini.

Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya hari ini mendedahkan dia menemui Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas pemimpin PKR Senator Ezam Mohd. Noor sebelum membuat laporan polis akhir Jun 2008.

Saiful membuat laporan dia diliwat Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim 28 Jun 2008.

Sebelum ini, Saiful mengaku menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun iaitu dua hari sebelum beliau mendakwa diliwat Anwar. Dia menegaskan hanya sekali itu sahaja dia bertemu Najib dan tidak pada tarikh yang lain.

Saiful mendakwa, dia bercakap dengan Musa pada 25 Jun 2008. Dia juga memberitahu mahkamah dia bertemu dengan seorang pegawai polis ASP (kini ACP) Rodhwan Yusof di Hotel Mulia.

Saiful berkata dia ada bercakap dengan Ketua Polis Negara kurang daripada seminit dengan menegaskan ia satu-satunya hubungan kedua-dua mereka.

“Ketua Polis Negara minta saya tidak menghubunginya, beliau marah (dalam telefon) kerana beliau menganggap saya membuat panggilan palsu,” kata Saiful.

Apabila peguam kanan pasukan Anwar bertanya dia menghubungi Ketua Polis Negara, Saiful berkata, “saya mahu memberitahu Ketua Polis Negara masalah saya.”

Saiful berkata, dia terdengar Najib berbual dengan seorang yang tidak dikenalinya dan memberikan nombor Ketua Polis Negara kepada Najib.

“Saya terdengar nombor itu, saya mencatitkannya,” katanya.

Ketika disoal balas hari ini, Saiful juga mengakui bahawa dia ada bertemu dengan Senator Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Pemuda PKR, pada lewat malam 27 Jun sehingga awal pagi 28 Jun 2008 di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Pertemuan ini berlangsung beberapa jam sebelum Saiful menjalani pemeriksaan perubatan dan kemudian membuat laporan polis. ~harakah~

2 comments:

hahn said...

Punya la lembab si Anwar ni. Tangguh entah beberapa kali pun masih tak selesai kumpul nama orang yang konspirasi terhadap dia.

Macam ni bila memimimpin semua lembab macam siput la.

Ni lah. Orang lain yang sedap orang lain yang nak dapat bala.

Jutawan said...

Tolonglah jangan percaya kat siAnwar ni. Di MCKK dulu beliau terkenal dgn perangainya yang suka belakang. Waktu dia dalam Umno dulu, semua orang PAS pun tahu perangainya ini. Kenapa sekarang anggap perbuatan belaiu ok pulak. Saya sebagai seorang penyokong PAS tak setuju dgn penerimaan kita tentang perkara ini. Takkan bodoh sgt BN nak tuduh Anwar buat KALI KEDUA tentang liwat ini sedangkan tuduhan yang pertama dulu hampir musnahkan UMNO? Lagi pun saya tak pernah dengar Anwar nafikan tentang perbuatannya meliwat ini melainkan haya menuduh conspirasi.. Cuba kita fikirkan.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin