Melayu Bangkit: Pengerusi sedih, kesal IIM terlibat
“Melayu Bangkit”: Pemuda PAS buat laporan Polis
- Pemuda Akan Anjurkan ceramah Besar-besaran Sekiranya Diteruskan
KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS akan adakan ceramah besar-besaran sekiranya program Rasis lagi menghasut 'Melayu Bangkit' diteruskan bagi mendedahkan sikap 'Talam Dua Muka' Umno terhadap orang Melayu.
Ia adalah kerana Umno menjadi ‘dalang’ yang menganjurkan program rasis lagi menghasut “Melayu Bangkit” yang dijadualkan pada 13 Mei 2010 ini.
(gambar - Ketua penerangan DPPNT Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz mengedarkan kenyataan media selepas membuat laporan polis)
Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris yang menganjurkan program tersebut bersama Institut Integriti negeri Terengganu adalah Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) telah membuat satu laporan polis berkaitan program tersebut di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini.
Ketuanya, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata Pemuda PAS menganggap program “Melayu Bangkit” melanggar Akta Hasutan dan menimbulkan sentimen perkauman (Rasis).
“Hari ini, kita (Pemuda PAS) buat satu laporan polis tentang program yang dianjurkan pihak kerajaan negeri dibawah Institut Integriti bersama Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Program ‘Melayu Bangkit’. Kami (PAS) anggap program ini dalam tiga keadaan iaitu Pertama, program ini bercanggah dengan Akta Hasutan kerana ia membentuk sentimen perkauman.
“Seolah-olah melahirkan kebencian perkauman dan menyemarakkan semula perasaan rasa marah dan permusuhan antara kaum dan mengancam keselamatan dalam negara kita.
“Kedua, program ini memberikan satu respon yang buruk terhadap bangsa Melayu. Seolah-olah, bangsa Melayu lemah, bangsa Melayu hina dan bangsa Melayu tidak memiliki maruah. Inilah penilaian yang dibuat oleh Umno terhadap bangsa Melayu.
“Ketiga, program yang dianjurkan oleh Umno ini adalah untuk menarik dan menipu rakyat kerana Umno sebenarnya pengkhianat dan bersifat hipokrit terhadap bangsa Melayu sendiri,” ujarnya di perkarangan Balai Polis IPD Kuala Terengganu sejurus selepas membuat laporan polis pada jam 9.40 pagi, hari ini, 12 Mei.
Sebenarnya, kata beliau, Umno bersikap ‘hipokrit’ (bermuka-muka) terhadap orang Melayu.
Kononya Umno memperjuangkan Melayu, namun sikap ‘talam dua muka’ Umno mengkhianati orang melayu dengan merampas royalti minyak dari kerajaan Terengganu dan Kelantan yang dipilih oleh rakyat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong menegaskan sikap hipokrit Umno jelas apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir telah menghentikan bantuan perkapita kepada Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR).
“Ketika dibawah pemerintahan Tun Dr Mahathir lagi bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR) diberhentikan serta memberi suatu ancaman besar dan tekanan hebat penindasan terhadap sekolah agama rakyat,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Setiausaha Pemuda PAS Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas menggesa pihak polis segera melakukan siasatan terhadap program “Melayu Bangkit”.
Katanya, pihak polis tidak perlu takut dan bersifat memihak, hendaklah menyiasat program tersebut kerana dikhuatiri wujud unsur-unsur jenayah dan provokasi.
“Ini jelas, apabila tajuk “Melayu Bangkit” itu dipadukan dengan tarikh 13 Mei sudah dimaklumi bahawa ianya sejarah hitam peristiwa berdarah antara kaum di Malaysia yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969,” tegasnya.
Malah, katanya badan NGO Gertak juga perlu disiasat di bawah Akta Pertubuhan bagi memastikan pengesahan pendaftaran pertubuhan berkenaan.
Beliau turut menyifatkan program seumpama itu bersifat menipu rakyat dan bangsa Melayu agar bersama-sama dengan Umno.
Menurutnya, sifat hipokrit Umno itu sehingga sanggup melanggar Akta Hasutan serta undang-undang di negara ini.
“Hakikatnya, Melayu sebenarnya perlu bangkit untuk menyedarkan Umno dan menjatuhkan Umno dalam pilihan raya yang akan datang kerana sifat hipokrit mereka (pemimpin) sehingga mereka (Umno) sanggup melanggari Akta Hasutan yang ada dalam negara kita.
“Kita (PAS) minta pihak keselamatan (polis) membatalkan segera program seumpama ini yang sebenarnya mengganggu dan mengancam keselamatan negara.
“Ini juga bercanggah dengan konsep 1Malaysia dan jika mereka (Umno) benar-benar mempunyai niat yang baik untuk menyatukan rakyat. Mereka (Umno) tidak buat berbentuk sentimen perkauman tetapi berbentuk sentimen rakyat Malaysia,” ujarnya.
Hadir sama mengiringi DPPNT membuat laporan polis Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Mohd Hanafi Syeikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Amal Terengganu, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Negeri. BO
1 comment:
Aneh. Pejuang Islam, tapi anti-Islam. Pengamal `The Prince`!!!
Post a Comment