19 May 2010

PRK Sibu Mengukuhkan Muafakat Pakatan, Melebar Pengaruh PAS.



(Gambar - Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Setiausaha Perhunungan, Haji Yahya Ali dan Renolong Setiausaha Haji Hanafiah Mat antara petugas PAS Terengganu yang berkampung di Hilir Nangka)

Gambar-gambar Hj. Wan Azhar Wan Ahmad, Yang DiPertua PAS Kawasan Besut. Sekitar ceramah perdana malam terakhir kempen di Markaz PAS Kg. Hilir, Sibu, Sarawak.

Bahagian 2 - Tembok Pemisah Islam-DAP, Bukan Islam-PAS, Semakin Runtuh.

KUALA TERENGGANU - Pemimpin BN tidak matang kerana tidak dapat membaca minda pengundi Cina dalam PRK Sibu.

Demikian dinyatakan oleh Dato’ Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS dalam sidang media khusus selepas PRK Sibu di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, semalam.


Politik Murahan Pemimpina BN Yang Tidak Matang

”Saya rasa tak cukup kematangan pimpinan Umno/BN, kerajaan, khususnya Najib, kerana dia (Najib) tidak boleh baca minda orang Cina (Sibu),”katanya yang menambah, BN mahu menjadikan Sibu seperti Hulu Selangor.

Najib cuba mengulang ‘politik murahan’ di Hulu Selangor dengan menawarkan ‘wang’ kepada penduduk semasa pilihanraya.

Pada 15 Mei, malam sebelum mengundi, Najib datang ke Sibu selama 3 jam, hanya untuk menjanjikan RM5 juta kepada penduduk Rejang Park, sekiranya BN menang.

”Dia (najib nak buat macam (kes) Felda Sungai Buaya dalam (PRK) Hulu Selangor, (penduduk) Felda Sungai Buaya memang makan (umpan), janji duit janji apa (saja) makan, tetapi (penduduk) Rejang Park tak makan,”ulasnya.

Keputusan pilihan penduduk Rejang Park menunjukkan majority lebih 70% menyokong DAP, walaupun setelah Najib tawar wang yang begitu banyak.

Pada PRU 2008, di Rejang Park BN – 854 undi, DAP – 1279 undi, dan pada PRK Sibu, BN menurun hanya mendapat 361 undi, DAP meningakat kepada 1600 undi

Undi Melayu Meningkat

Kesungguhan para petugas ‘mahir’ PAS mendapat perhatian dari pengundi Melayu dan menjadi motivasi kepada calon calon dan rakan Pakatan dari parti DAP.

Dato’ Mustafa berkata, Wong Ho Leng sendiri mengakui, walaupun beberapa kali bertanding di Sibu sebelum ini, beliau tidak dapat menembusi ‘konsentrasi’ besar masyarakat Melayu Melanu di Hilir Nangka.

”Calon DAP sendiri yang sudah beberapa kali bertanding mengakui inilh kali pertama beliau dapat masuk ke kawasan Melayu Melanau,

”(beliau) masuk bersama petugas-petugas PAS membawa beliau menemui para pengundi,”katanya.

Dengan adanya petugas PAS juga, calon boleh menunggu orang Melayu Melanau yang berugama Islam sewaktu menunaikan sembahyang Jumaat, dan bertemu serta bersalaman dengan merka.

Justeru, kesan dari peranan yang dimainkan oleh petugas PAS, telah berlaku peningkatan undi dikalangan orang Melayu dalam PRK Sibu.

“Dan ternyata berlaku peningkatan undi di kalangan undi Melayu kepada DAP, pada PRU 2008 DAP mendapat 256 undi, pada PRK Sibu meningkat kepada 344 undi,

”dari segi peratus, undi Melayu meningkat sebanyak 34% kepada DAP,”jelasnya.

Kesimpulannya, kata beliau, kempen perkaumanan dan agama yang sempit oleh BN tidak dapat lagi diterima oleh pengundi.

Tembok Pemisah Islam-DAP, Bukan Islam-PAS, Semakin Runtuh.

Dato’ Mustafa yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS merumuskan, halangan-halangan yang menjadi pemisah diantara bukan Islam dengan PAS dan orang-orang Islam(Melayu) dengan DAP semakin runtuh.

Penerimaan masyarakat Melanau kepada DAP dan tidak berkesannya kempen perkauman dan agama dikalangan masyarakat Cina di Sibu, membuktikan Pakatan Rakyat semakin diterima.

”Ternyata masyaakat Cina memahami hubungan dalam Pakatan Rakyat antara DAP, PKR dan PAS khususnya DAP dengan PAS, yang sering dilaga-lagakan oleh BN,”tambahnya.

Undi Pos ‘datang dari Langit’

Walaupun DAP memenangi PRK Sibu dengan majoriti 398 undi, yang dianggap kecil oleh sesetengah pihak, bagi Dato’ Mustafa, sebenarnya DAP menang dengan majoriti yang lebih besar

Ia adalah kerana, 398 tersebut telah ditolak dengan undi pos yang berjumlah 2323 yang telah dimenangi oleh calon BN.

”Maknya untuk mendapat majoriti 398 itu, DAP telah mendapat majoriti undi biasa hampir 3,000 (sebanyak 2651),

”bagi saya undi pos tidak menggambarkan sikap dan pendirian rakyat yang sebenar, undi pos ini, “undi yang didatangkan dari langit,”katanya sambil ketawa.

Beliau mengulangi, undi pos bukan undi sebenar rakyat tempatan, kerana melalui undi sebenar rakyat, sebenarnya BN telah kalah. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin