03 May 2010

Nik Aziz tak layan kenyataan ugutan bunuh



Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan yang menyentuh isu peribadinya termasuk ugutan membunuh dilaporkan dalam laman sosial Facebook.

Mursyidul Am PAS itu juga tidak mempedulikan apa sahaja kenyataan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu termasuk kenyataan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Aziz yang juga penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella.

Ketika ditanya pemberita Nik Aziz (gambar) hanya menyifatkan apa yang diperkatakan mengenainya berhubung kesemua isu itu tidak ada dalam pengetahuannya sama sekali.

“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan kira-kira 50 anggota rombongan Koperasi Takaful Ibnu Al-''Asr dari Thailand di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan terhadap Nik Aziz itu.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur. — Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Takkan lah pembunuh nak announce publicly dlm facebook siap ada gambar 'bakal' pembunuh. Kenyataan budak2 pun nak jadi isu nasional???Yang buat report polis tu nak dapat budget 4juta dari PASrael nie kot... hahaha
Aku tanya CIA,diaorang kata takde faedah tembak NA.Aku tanya KGB,diaorang ketawa sampai muntah hijau.Aku tanya Ronnie Liu dan Tan Pay Kong,dia berdua sumpah potong ayam takde niat nak buat camtu.

Aku tanya bomoh,dia pun terbahak2 ketawa mengilai2.Aku ada bela jin seekor,bila aku tanya muka dia jadi serius dan mengelengkan kepala.Kenapa jin,aku tanya. Dia jawab KAH KAH KAH KAH KAH.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese