26 April 2010

Najib Habiskan RM64 juta dalam PRK Hulu Selangor

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah menghabiskan RM64 juta untuk membeli undi dalam pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor.

Bekas calon Pakatan Rakyat bagi pilihanraya kecil berkenaan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerana amalan membeli undi adalah ‘halal’, menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya semalam.
(Gambar - awal-awal lagi Najib 'menjaja' berpuluh-puluh basikal untuk membeli undi penduduk Felda)

"Ini adalah masalah kita perlu diatasi. (Perdana Menteri) Najib (Tun Razak) menghabiskan RM64 juta untuk memenangi pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menutup mata, "katanya dihadapan lebih 500 orang penyokong Pakatan Rakyat di Stadium Mini, disini.

Beliau yang juga bekas Menteri Undang-undang berkata, Malaysia mempunyai sistem politik yang tidak menghormati pilihan raya yang bersih.

"Pada tahun 2008, Pak Lah (bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) telah membenarkan kami menang,

"Tapi kemudian mereka (UMNO) menendang dia (Pak Lah) keluar dan sekarang kita kembali (at square one)," katanya.

Beliau menekankan beliau bukanlah tidak membuat alasan ekoran kekalahannya, Zaid menegaskan, peri pentingnya mendesak untuk pilihan raya bersih dan adil.

"Saya boleh menerima kekalahan saya, tapi kami tidak diberi peluang untuk satu pertarungan yang adil, dan rakyat tidak yahin dengan sistem yang ada," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya kemenangan BN ini membuktikan betapa banyaknya orang melayu yang masih lagi di tahap pemikiran yang rendah (bodoh tolol dan bangang) yang begitu mudah digula-gulakan (senang dibeli) dan sanggup menggadai masa depan anak cucu hanya kerana sedikit yang di janjikan olih puak perompak dan perasuah.
Saya sebagai orang melayu amat malu sekali; tetapi saya sebagai seorang Malaysia berbangga dengan keberanian kaum cina.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese