05 April 2010

MP Indera Mahkota saman Utusan RM29 juta



Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail memfailkan saman fitnah RM29 juta terhadap Utusan Malaysia berhubung rencana yang mendakwa beliau telah keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan awal bulan lalu.

Kes saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Ketika dihubungi Azan mengesahkan yang beliau telah memfailkan kes saman fitnah terhadap akhbar berkenaan.

Akhir bulan lalu, Azan yang juga bekas timbalan pengerusi PKR Pahang membuat aduan polis berhubung laporan Utusan yang disifatkannya telah menfitnah beliau telah keluar dari PKR.

Azan dalam laporannya berkata, akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mencetak laporan bertajuk “Bahtera Siapa Semakin Bocor?” dengan tujuan memburukkan namanya dan parti tersebut yang disiarkan pada 6 Mac lalu.

Dalam laporan itu Azan mendakwa akhbar itu juga sengaja mencetak ruangan ralat dan menyatakan beliau tidak keluar dari PKR tetapi meletakkan semua jawatan dalam parti itu termasuk timbalan pengerusi negeri dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri.

“Kedua-dua laporan itu tidak benar dan hanya bertujuan menunjukkan bahawa saya Ahli Parlimen yang tidak bermoral, tidak berpegang kukuh kepada kepimpinan Ketua PKR dan tidak mempedulikan penduduk Indera Mahkota.

“Tulisan itu memberi implikasi sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan air muka dan maruah saya,” kata beliau sebelum ini.

Beliau berkata, kesan daripada tulisan itu menyebabkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen terjejas dan dipandang rendah masyarakat.

1 comment:

netifree said...

Salam,

Maaf lari topik sikit

Pembaca yang budiman... Minta tolong support malaysian search engine buatan anak tempatan di http://malaysiansearch.com dan juga boleh iklan website anda secara percuma di malaysiansearch free ads network di http://malaysiansearch.com/ads

Sokongan anda sangatlah dihargai....terima kasih

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin