24 March 2010

Seorang Pejuang Melayu Tulen Ada Saham Judi



Pakatan Rakyat Pelawa Umno Duduk Semeja Atasi Masalah Judi

Walaupun ia sebenarnya dilesenkan parti pemerintah, Pakatan Rakyat hari ini mempelawa Umno untuk duduk semeja bagi membincangkan masalah judi yang semakin berlebih-lebihan di negara ini.

Malah, Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Pakatan Rakyat sedia bersama-sama dengan Umno menghasilkan memorandum bersama, khususnya dengan Pemuda Umno bagi menangani masalah berkenaan.

Bercakap pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, beliau turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas, Ibrahim Ali diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.

Secara tegas, beliau menyifatkan perjudian tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.

Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang.

Ironinya, isu judi bukan dibawa Ahli Parlimen Umno sebaliknya dibangkitkan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke dari DAP yang mencelah perbahasan Saifuddin sebelum mengajukan soalan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Sehubungan itu, Saifuddin mempelawa Umno supaya berlapang dada dan duduk semeja serta membuat memorandum bagi membuat keputusan tegas mengenai aktiviti perjudian di negara ini. TVS

1 comment:

Perompak Cinta said...

Salam,

Yang dulu (perbincangan tentang Islam di Malaysia) pun tak berjumpa lagi, ni nak jumpa pasal isu judi plak..

Yang peliknya, apa sahaja yang dilakukan pemerintah semuanya dipertikaikan. Duit tu jugaklah nak support ekonomi Malaysia yang semakin merudum ni. Tambah2 kes Anwar Ibrahim lagilah jatuh ekonomi. "Orang tu" senyum bila kerajaan pemerintah sekarang dilanda masalah. Lagi senang nak naik PM. Ish..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese