24 March 2010

PAS Terengganu Memperkukuhkan Pakatan Rakyat.



PAS Terengganu berikrar akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan berazam untuk mengambil alih pentadbiran negeri Terengganu pada pilihanraya umum akan datang .

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata demikian dalam Majlis Minum Petang anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Terengganu di Kampung Tiong disini semalam.

“Saya nak beri jaminan bahawa kita akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan kita juga nak sebutkan kita betul-betul mahu berhadapan pilihanraya akan datang untuk menang,”katanya.

Oleh itu beliau menyeru supaya hubungan diantara masyarakat Cina, India dan Melayu dipereratkan dan parti-parti dalam Pakatan bersama dalam memberi khidmat ke dalam masyarakat,

Sehubungan itu, beliau mengharapkan agar masyarakat Melayu dan bukan Melayu Terengganu mencontyohi perubahan yang dilakukan oleh rakan-rakan di pantai Barat.

“Terutamanya orang Cina sudah (banyak) berubah (dipantai barat), tetapi kita terpaksa mengakui di Terengganu, lebih kurang, orang Cina puntak berapa berubah dan orang Melayu pun,”jelasnya.

Namun, beliau yakin keadaan itu tidak kekal kerana masyarakat Terengganu, khususnya pengundi di Kuala Terengganu telah pun melakar sejarah dengan merampas kerusi Parlimen pada plihanraya kecil tahun lalu. BO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin