08 March 2010

Polis halang sambutan 8 Mac Pakatan




Anwar berucap di perhimpunan malam tadi. — Gambar oleh Choo Choy May

(themalaysianinsider)Polis ibu negara menghentikan perhimpunan Pakatan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi — tindakan yang kedua berturut-turut pihak berkuasa, majlis yang diadakan sempena ulang tahun kedua kemenangan mereka pada pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun mereka yang hadir tidak beredar dari kelab itu untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapannya, Anwar mengecam pihak berkuasa Islam yang melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita genap satu bulan yang lalu sambil menyifatkan mereka mengamalkan pendakwan selektif.

“Anak bekas perdana menteri membeli kilang bir di Filipina, tetapi tiada ustaz-ustaz Umno yang berani bercakap tetapi mereka pergi kepada orang biasa,” kata Anwar merujuk kepada Datuk Mirzan Mahathir yang memiliki ekuiti dalam San Miguel Corp.

Beliau juga meminta hadirin, kebanyakannya orang Melayu supaya berhati-hati dengan rancangan kerajaan mahu membangunkan semula Kampung Baru, penempatan terakhir orang Melayu di ibu negara.

“Biar saya beritahu anda jangan percaya mereka, penduduk Kampung Baru mesti memutuskan (sendiri) pelan pembangunan (semula),” kata bekas timbalan perdana menteri ini.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Azmin Ali dihalang oleh anggota polis rusuhan Unit Simpanan Persekutuan ketika sedang berucap di hadapan ratusan penyokong mereka.

Ketika polis mendekati beliau, Azmin yang juga Ahli Parlimen dan ADUN di Selangor memberitahu mereka yang hadir bahawa kelab itu adalah milik kerajaan negeri Selangor, bukannya “harta Umno.”

“Saya minta anggota polis menerima perjuangan Pakatan Rakyat,” kata beliau dengan disambut mereka yang hadir.

“Jika kita diberikan mandat untuk mengambil alih Putrajaya (kerajaan), kita akan menjaga kepentingan anggota polis,” kata beliau sebelum ucapannya dihentikan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Kemudian polis menghantar kenderaan perisai air untuk menyuraikan penyokong Pakatan Rakyat dan memaksa meninggalkan kelab itu.

Ahli Parlimen Batu dan pengarah strategi PKR, Tian Chua meminta hadirin masuk ke dalam dewan Kelab Sultan Sulaiman, untuk memenuhi syarat polis yang melarang mereka berhimpun di kawasan padang.

Langkah itu diambil kira-kira 15 minit selepas rundingan dengan polis.

Malam kelmarin polis menghentikan majlis makan malam dianjurkan DAP di Kepong, tidak jauh dari kawasan kampung baru.

“Kita memutuskan untuk tidak beredar sebab kami kita tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata Lim yang mempertahankan dasar pentadbirannya di Pulau Pinang.

Mahfuz pula memberitahu tindakan polis hanya menyumbang kepada perasaan membenci terhadap Umno.

Pada pilihan raya umum 8 Mac 2008 Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen — buat julung kali, sekali gus menafikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat kehilangan Perak awal tahun lalu manakala tiga Ahli Parlimennya menjadi wakil rakyat Bebas.

Selain tiga Ahli Parlimen dengan sendiri keluar PKR, semalam parti itu memecat Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang memutuskan untuk tidak merayu dan mahu bertindak menjadi wakil rakyat Bebas.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese