09 February 2010

Saiful Dakwa Terima Ancaman Bunuh



Fariz Musa: Diinterview oleh TV Selangor pasal Saifool Buat Aduan Ugut Bunuh !!!???

Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis hari ini selepas menerima satu e-mel yang mengancam nyawanya dari seorang lelaki yang tidak dikenali.
Laporan itu dibuat di Balai Polis Sentul pada jam 12.25 tengah hari dengan diiringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idrus.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Saiful berkata tujuan utamanya ialah bagi melindungi dirinya dari sebarang keburukan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau menerima ancaman ‘bunuh’.
“Saya mendapat ancaman bunuh tersebut dan ia adalah sangat serius. Saya membuat laporan ini untuk keselamatan saya,” katanya.
Mohd Saiful berkata beliau menerima e-mel itu jam 11 pagi semasa melayari internet melalui komputer ribanya semasa berada di mahkamah dari seorang yang
tidak dikenali yang berbunyi — “Kepada rakan-rakan sekalian…sape2 yg mengenali ataupun berjumpa dgn saiful bukhari azlan di mana2 saja, anda
diwajibkan membunuh beliau dgn apa cara sekalipun demi keamanan manusia sejagat…”.
Selain itu, Mohd Saiful berkata sejak dua hari lepas, seseorang telah meletakkan buah-buahan di luar rumah keluarganya d Bandar Utama, Damansara dan
beliau percaya ia adalah satu bentuk amalan ilmu hitam.
Sementara itu, bapanya, Azlan Mohd Lazim berkata beliau menerima kira-kira 50 khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap hari sejak tiga hari lepas bermula 29
Jan.
“Kebanyakan SMS itu bersifat provokasi dan menakut-nakutkan,” katanya kepada pemberita.
– BERNAMA

1 comment:

raj raman said...

Thinking of Life?
Budak ini sumpah Pakai Quran tapi masih percaya kepada ilmu hitam?

rajraman666.Maknanya Saiful masih percaya perkara karut dan sihir.Dia bukan pengikut Agama sebenar.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese