08 February 2010

PAS Gesa Ambil Tindakan Ke Atas Blog Hina TGNA



Laporan polis yang dibuat PAS Kelantan terhadap blog yang menghina Menteri Besar Kelantan dengan memaparkan ilustrasi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sedang “diliwat” oleh Ketua Umum PKR, harus dikenakan tindakan tegas.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata, PAS Kelantan melakukan tindakan yang wajar dengan membuat laporan polis dan tindakan tegas harus dikenakan kepada penulis blog tersebut.

“ Laporan tersebut merupakan sesuatu yang sangat wajar untuk meminta polis secara agresif membanteras bahawa kita katakan sebagai satu jenayah untuk mengambil tindakan terhadap laporan-laporan yang tidak berasas yang mengaibkan dan boleh mencalarkan nama baik seseorang” kata Mahfuz.

Semalam laporan itu dibuat oleh Setiausaha Keselamatannya, Mejar (B) Mohamad Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu, untuk menyiasat blogger yang menggunakan alamat maya jeffrydamien09.blogspot.com.

Blog tersebut, selain mempamerkan beberapa imej lucah menggunakan kaedah tindih gambar namun turut memuatkan artikel memburukkan dua tokoh itu.

“ Dan ternyata, laporan seperti itu yang disiarkan oleh blog tertentu adalah bertujuan berniat jahat untuk menjatuh dan mengaibkan Tuan Guru dan Datuk Seri Anwar Ibrahim”

Mengulas tentang hak kebebasan media untuk melaporkan sesuatu berita, Mahfuz berkata, tiada halangan kepada media arus perdana mahu pun media baru untuk melapor dan meluahkan pandangan masing-masing namun ia haruslah bertunjang kepada rasa tanggungjawab dan maklumat yang tepat.

“ Bagi saya bahawa, mana-mana sekalipun yang terlibat dalam sektor media ini, tidak kiralah sama ada media arus perdana, media konvensional, atau media baru ini, mereka harus beretika, laporan yang diberikan mesti betul. Bukan kepada ilustrasi, emosi yang boleh menimbulkan kekecohan, di kalangan masyarakat kita ini. Jadi sewajarnya tindakan harus diambil kepada mereka" tambah Mahfuz lagi.

Hadir sama membuat laporan tersebut ialah Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi, exco Pemuda PAS negeri, Mohammad Abdul Rashid Yah dan 30 penyokong PAS.

PAS Kelantan menyifatkan perbuatan itu sebagai bersifat provokatif dan boleh menyebabkan ketidakstabilan politik dalam negara serta meminta siasatan segera dijalankan di bawah akta multimedia, akta fitnah dan Kanun Keseksaan. TVS

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese