20 February 2010

Menegur, Bukan Menggugat Atau Campurtangan - MP Australia



SETIU - Naib Presiden PAS, YB Salehuddin Ayob berpendapat tindakan Ahli Parlimen Australia dan Ahli Senat Amerika menghantar surat kepada kerajaan Malaysia merupakan satu teguran dan tidak akan menggugat pentadbiran negara.

“Perkembangan mutakhir tentang beberapa orang ahli senat dan juga beberapa orang ahli parlimen dari Australia yang melahirkan sikap mereka itu,

”saya lihat daripada sudut integriti perundangan dan kehakiman dalam negara kita,”katanya ketika ditemui selepas Ceramah Penjelasan Isu Semasa di kampung Anak Ikan Jabi, dekat sini, semalam, 18 Fenruari.

Menurutnya, apapun yang mereka katakan, beliau cukup yakin ia tidak mampu untuk menggugat ataupun dikatakan campur tangan dalam perbicaraan (Dato’ Seri Anwar Ibrahim) itu.

Tetapi, katanya apa yang lebih penting teguran tentang kewibawaan dan integriti sistem perundangan negara harus dipandang serius.

”Tapi, apa yang lebih penting, wibawa dan integriti sistem perundangan kita, sehinggakan (ahli) senat dan juga beberapa orang ahli parlimen daripada Australia itu yang melahirkan sikap mereka,

”(teguran) yang (diutarakan) seharusnya di pandang satu perkara yang serius oleh kerajaan Malaysia,”sarannya, dan menambah, ia berkait dengan imej negara di mata dunia.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, ianya cukup penting dan cukup terkesan dalam konteks ekonomi, pelaburan jangka masa pendek dan panjang, kemasukan FDI (Foreign Direct Investment) dan seumpamanya.

Katanya, isu bagaimana keyakinan pelabur terhadap sistem perundangan dalam negara kita bukanlah kali pertama kerana menurutnya sikap begini pernah diutarakan oleh mereka sebelum ini. BO

1 comment:

Anonymous said...

Dua hari lepas YB Salahudin Ayob dan DS Nizar Jamaludin buat ceramah perdana di pengkalan pegoh,ipoh, perak.Kehadiran 150 org yg besar jumlahnya org luar. Mungkin org melayu dah muak dgn pas, lain kali kalau setakat 150 org, ttoksah panggil perdana, buat malu je

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese