08 February 2010

Erdogan Minta Najib Hentikan Fitnah Terhadap Anwar



KEMAMAN – Ramai pemimpin Negara-negara Islam melihat perkembangan yang berlaku di Malaysia secara dekat dan mencurigai dasar-dasar dan tindakan yang diambil oleh kerajaan, khususnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata antaranya adalah polisi tidak membenarkan selain Islam menggunakan kalimah Allah dan tindakan kerajaan mendakwa Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kes liwat.

Menurutnya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menegur Najib terhadap kedua-dua perkara tersebut sewaktu bertemu di Timur Tengah baru-baru ini.

”Saya nak kongsi sedikit apa Tayyip Erdogan sebut ketika bertemu dengan Najib, ia tidak pernah didedahkan kepada umum,

”Tayyip bertanya kepada Najib apa yang sedang berlaku di Malaysia?,”kata Tian Chua ketika menyampaikan ucapan dalam program penerangan DUN Chukai.

Katanya, ketika itu terjadi peristiwa pembakaran gereja dan surau ekoran kontroversi penggunaan kalimah Allah.

”Najib kata….Oh… ini perkara sensitive, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Melayu,

”Tayyip Erdogan kata, nanti sekejap………anda orang Melayu, saya orang Turki tidak ada persamaan diantara awak dengan saya, selain daripada Islam, yang sama kalau boleh dipakai di Turki (mesti) boleh di pakai di Malaysia,”ujar Tian Chua lagi.

Katanya, Erdogan menegaskan kalau Najib tidak mahu berpegang dengan Islam tidak ada apa-apa hubungan antaranya dengan Erdogan, kerana kata Erdogan beliau berbangsa Turki dan Najib berbangsa Melayu.

Oleh kerana itu, kata Tian Chua, Erdogan menegaskan hubungan antara mereka adalah atas satu kalimah yang sama, iaitu Islam.

Justeru, kata Tian Chua, Erdogan berkata kepada Najib, di Turki orang-orang Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, mengapa di Malaysia tidak berlaku demikian.

Berhubung dengan kes pendakwaan liwat terhadap Anwar, Tian Chua berkata, Erdogan meminta Najib menghentikan segala fitnah yang sedang berlaku.

Tian Chua berkata, menurut Erdogan, sikap dan tindakan politik yang sedang diambil oleh kerajaan Malaysia sedang memecahbelahkan dan meruntuhkan dunia Islam.

Ia adalah kerana, kata Tian Chua, Erdogan menganggap tindakan mendakwa dan menjatuhkan Anwar, seteru politik Najib, dengan fitnah skandal seks akan menjadikan umat Islam dipandang rendah dan akan ditindas.

”Erdogan bertanya kepada Najib, apa yang terjadi kepada Brother Anwar, Najib kata, oh…kali ini ada bukti terhadap Anwar dan mahkamah akan putuskan dan beliau (Najib) tidak campurtangan,”kata Tian Chua.

Namun menurut Tian, Erdogan berkata kepada Najib, supaya Najib jangan berbohong kerana menurut Erdogan beliau telah melihat bagaimana perjalanan mahkamah yang berlaku ketika fitnah yang sama terhadap Anwar sebelum ini. BO

6 comments:

Anonymous said...

Kuat betul 'pembohong' Tian Chua ni, tapi tak mengapa, biar dia lepaskan geram..yang hadir pun dah tak ramai...asyik ulang benda yang sama.

Kalau tuduhan liwat tu fitnah, buktikanlah di mahkamah, kan kepala hotak kau orang semua bijak bijak belaka.

Anonymous said...

Apabila datang sesuatu berita...hendaklah kamu siasat terlebih dahulu kerana takut apa yg kamu cakap itu...membawa kerosakan dan kezaliman kepada semua. Opsss....itu apply utk org bkn PAS sahaja sebab org PAS sentiasa berckp jujur...tapi Tian Chua bkn PAS...ah sudah!!!! Islamnya Thian Chua...smpi boleh bercerita tentang ukhuwah Islamiyyah. Terlena sekejapkan.

abdul aziz said...

mungkin apa yg diperkatan kan oleh en.tian chua tu betul...cuba kita fikir dari sudut ekonomi, pelabur tidak akan datang jika malaysia hru hara dalam kestabilan rasuah politik dan kehakiman..rakyat juga akan sengsara akhirnya..pengangguran akan meningkat dan pelabur yang ada bakal berhijrah ke negara lain terutamanya vietnam. dan jgn lupa pakatan USA adalah pembeli terbesar pengeluaran malaysia...

Anonymous said...

Najib mana kesah apa yg nak jadi dgn negara ni jauh sekali apa org bukan islam nak kata pasal islam. Yg penting manusia cam najib rasa dia, bini dia, anak2 dia, adik beradik dia dan kroni2 dia selamat. Selamat pun tak lama lambat laun bila roh dia pun dah tak tahan cabut lari sediakanlah jawapan utk soalan2 keramat dlm kubur tu belum lagi di akhirat. Baru lah dia kenal apa itu hina, hina sehina2nya didepan Allah azzawajalla.

Anonymous said...

kesian dgn orang yg dok dengar Tian Chong dok menipu org.
kalu betul Erdogan minta Najib campurtangan dlm kes liwat DSAi - nampak sangat :
1. Anwar takut dan terdesak
2. terpaksa minta tolong kuasa asing campurtangan di m'sia

zakwan said...

Tian Chua may not be a Muslim but he is more Islamic than any UMNO figure

Regarding his speech,it's too good to be true
But Anwar is pretty close with PM Erdogan
So,I'm not surprised if Najib got tackled like that

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese