27 February 2010

Bersiap Sedia Hadapi PRU 13 Lebih Awal



KEMAMAN – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali memberi isyarat supaya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 lebih awal.

Menurutnya, dalam kaedah biasa pilihanraya umum akan berlaku selepas persempadanan semula kawasan pilihanrayua yang berlaku sekali dalam tempoh dua penggal atau sekurang-kurangnya lapan tahun.

“Dulu saya berpegang pilihanraya ini mestilah selepas daripada persempadanan semula kawasan pilihanraya,

“dari segi kaedah demokrasi di Malaysia tiap-tiap dua penggal akan berlaku persempadanan semula pilihanraya, yang terakhir berlaku pada tahun 2003, ertinya 8 tahun pada tahun (ia akan berlaku pada) 2011,

“Jadi kalau pilihanraya nak diadakan selepas persempadanan semula, maka ia akan berlaku paling awal pada tahun 2012,”kata Dato’ Mustafa dalam ucapannya di Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

Tapi, katanya, pendapat itu adalah pegangan beliau beberapa bulan yang lalu, kerana menurutnya, beliau mendapat satu maklumat baru-baru ini.

“Maklumat ini tidak semestinya tepat, tidak semestinya betul, tetapi maklumat yang saya terima nampaknya PM tak mahu fakir dah masalah persempadanan semula,

“Tidak (belum) persempadanan semula pun sekarang ini, di (PM) sudah buntu macam mana hendak buat perkiraan kawasan mana nak tambah, kawasan (mana nak buang),

“Jadi kemungkinan besar, dia (PM) akan buat pilihanraya sebelum daipada persempadanan semula.,”jelasnya.

Namun begitu, beliau berkata ia (pilihanraya) tidak akan berlaku lebih awal daripada tahun 2011 dan mesti mengikut kaedah melengkapkan satu satu penggal selama tiga tahun.

“Walau macamana pun dia mesti cukup tiga tahun (iaitu) satu penggal itu cukup tiga tahun, (pilihanraya ke 12) bulan Mac 2008,

“(jadi) bulan Mac 2011 cukup tiga tahun, ertinya kena bersedia selepas bulan Mac 2011, bila-bila masa pilihantraya akan diadakan,”katanya. BO

1 comment:

Unknown said...

Bagus lah bersiap sedia lebih awal, tapi perlu bersihkan PAS daripada geng perpaduang terlebih dahulu.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese