27 February 2010

Beijing dan Singapura Melihat Potensi Pakatan Rakyat



KEMAMAN – Pakatan Rakyat dilihat oleh Beijing dan Singapura mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan at-Tantawi berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana Kebajikan DUN Chukai disini semalam.

(Gambar - Ustaz Nasruddin mengambil peluang berbual dengan Mantan YDP Kemaman, Ustaz Awang Dagang)

Menurutnya, ketika beliau ke negri China atas urusan mencari dana Dewan Pemuda, beliau telah diundang untuk menjadi tetamu kepada beberapa ahli parlimen negara itu.

”Saya diundang oleh beberapa ahli Parlimen di China, saya dibawa ke Parlimen, saya tanya kenapa begitu penghargaan diberi kepada kami, sedangkan kami parti Islam,

”dia (ahli parlimen China) kata, kami nampak Pakatan Rakyat mempunyai potensi untuk menang dalam pilihanraya umum yang akan datang di Malaysia,”ujar Ustaz Nasruddin.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut melihat Pakatan Rakyat dalam pandangan yang serupa.

Nasharuddin berkata, ahli politik veteran yang licik itu telah melahirkan dan menyatakan bayangannya masa depan perjuangan PAS dan bepotensi untuk menang.

”Sehingga dia (Lee) Tanya sekiranya PAS menang, nak buat pemerintahan yang macamana, nak perintah negeri macamana,

”kalau BN menang dia dah tahu dah macamana, cuma kalau Pakatan Rakyat menang, kalau PAS menang macamana, dia nak tahu,”ujarnya.

Justeru beliau berkata para petugas dan penyokong PAS yakin dengan potensi diri dan bekerja keras untuk menang dalam pilihanraya akan datang. BO

1 comment:

MANSOR JUNUS said...

Pada pandangan saya apa yang dibayangkan oleh Beijing dan S'pore hanya cara mereka berpolitik. Dalam perkataan lain ialah cara cina berpolitik. Ketahuilah bilamana mereka melihat sesuatu kumpulan itu ada kekuatan, mereka akan pasang kaki terlebih dahulu. Kalau di Malaysia, semasa BN kuat kaum cina memasang serampang melalui MCA dan Gerakan. Dan apabila rakyat sudah nampak tawar hati, orang yang sama juga (hanya dengan menukar uniform) beralih pula menyokong PR. Lihat Penang sudahlah sebagai contoh, yang penting kek itu mereka boleh kongsi. Memang licik.

S'pore dan Beijing ada banyak kepentingan dalam Malaysia, politik dan ekonomi. Dengan saikologi berbaik2 diperingkat awal ini, parti mana menang pun mereka ada sekutu. USA pernah guna tektik yang sama. Ezam, Azmin dan beberapa pemimpin2 muda di Asia juga dulu pernah dijemput untuk menyertai satu convensyen di sana. Atas alasan pendedahan konon. Semua anak2 raja Arab Saudi, Kuwait dan Jordan dibawa, dididik dan dibesarkan di Amerika. Jadi apabila mereka sudah diminta mengganti bapa2 mereka, kerja Amerika senang. Raja Jordan sekarang ini adalah contoh terbaik.

Jadi janganlah ghairah sangat dengan orang tiba2 menunjuk baik dengan kita. Fahamlah, kalau orang luar tiba2 lebih lembut gigi dari lidah, itu bukanlah kebetulan. Macam kata Pak Ali dalam cerita Madu Tiga. 'Baik... ada makna tu'. Ingat! S'pore dapat kemerdekaan macam mana. Mula2 guna Tengku Abd Rahman, lepas itu dia main Tengku Abd Rahman. Jangan SEKALI2 PERCAYA kulit kuning langsat.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese