25 January 2010

Zaid sokong tindakan disiplin terhadap Zulkifli



Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyokong tindakan disiplin dikenakan kepada Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar baru, Zulkifli Nordin kerana mendakwa Zulkifli sering membuat tindakan yang melampau.

Zaid merujuk kepada tindakan Zulkifli membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

"Saya harap parti lebih serius kali ini untuk ambil tindakan terhadap Zulkifli. Kita tak boleh terima wakil rakyat yang macam ini, sering membuat tindakan yang merugikan parti dan mengelirukan orang Islam dan bukan Islam," katanya dalam satu sidang media di kediamannya pagi tadi.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zulkifli akan menghadapi tindakan disiplin oleh parti kerana sering melakukan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan di dalam dan luar parti.
MPT PKR akan bermesyuarat esok dan akan memutuskan tindakan yang akan dikenakan terhadap Zulkifli.

Zaid berkata, Zulkifli sebagai seorang pegamal undang-undang seharusnya lebih arif berhubung isu-isu yang dibangkitkan.

"Saya kecewa dengan Zulkifli Nordin. Sepatutnya dia peguam, dia faham maksud keputusan mahkamah itu dan faham enakmen, perlembagaan. kalau tidak setuju beri hujah dia, bukan dengan cara buat laporan polis," katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menyeru semua wakil rakyat Pakatan Rakyat lebih bertanggungjawab dalam mengambil sebarang tindakan dan memahami dengan mendalam sebarang isu yang timbul dan berusaha memberikan penjelasan yang menyeluruh kepada rakyat.

"Saya harap bukan sahaja Zulkifli tapi semua wakil rakyat yang melakukan tindakan tidak bertanggungjawab harus diambil tindakan.

"Saya menyeru kita faham apa isu sebenar, apa larangan sebenar berkenaan kalimah Allah ini," katanya.

Zaid turut menjelaskan, tiada apa yang kontroversi berhubung keputusan mahkamah membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald kerana Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang bersesuaian dengan Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan kalimah Allah jika ianya khusus untuk orang Kristian, bukan bertujuan untuk pengembangan agama mereka.

"Ahli politik kena lebih bertanggungjawab jelaskan kepda rakyat, jangan tambahkan lagi kekeliruan dalam isu ini," tegasnya.

Sebelum ini, Zulkifli pernah menimbulkan kekecohan apabila menyertai demonstrasi membantah tindakan Bar Council yang mengadakan seminar membincangkan bidang kuasa mahkamah syariah dan sivil. Hrkh

1 comment:

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin