25 January 2010

Anwar Tekad Pertahan Keadilan Untuk Rakyat



Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mempertahankan keadilan untuk rakyat negara ini bersama-sama PAS dan DAP walaupun ada percubaan melenyapkannya daripada senario politik tanahair.

Menurutnya, ini termasuklah fitnah yang dibuat terhadapnya yang sedikit pun tidak melemahkan semangatnya untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya.

“Saya hendak beritahu, Anwar di luar, Anwar di dalam, Anwar ada atau Anwar tidak ada, sekarang pemimpin PR, Keadilan, Pas dan DAP bermuafakat dan memastikan insyaallah angkat darjat saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia perlu diselamatkan dari salah guna kuasa oleh pihak tertentu bagi kepentingan peribadi.

Dalam ceramahnya , beliau turut mengulas mengenai pertuduhan liwat terhadapnya serta isu pembelian kapal selam, kematian Teoh Beng Hock dan lesapnya enjin Jet milik Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM).

Beliau berkata rakyat dan pemimpin PR perlu pertahankan Malaysia dari terus dibelenggu pemimpin yang dipalit dengan agenda tersendiri sehinggakan menjejaskan ekonomi negara.

“Malaysia perlu diselamatkan, selamatkan daripada kerakusan kuasa, selamatkan dari semua ekonomi negara yang sekarang ini kita sudah kalah dengan Indonesia, kalah dengan Vietnam, kalah dengan Taiwan malah sekarang sudah kalah dengan Singapura dan Taiwan sekarang, sebab apa, sebab pemimpin rakus dan rasuah,” katanya.

Kira-kira 500 orang hadir mendengar ceramah beliau yang diadakan di Kampung Kerinchi malam tadi.

1 comment:

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin