17 January 2010
YBK - Orang ramai sambut baik siasatan Kerajaan Negeri.
YBK Diminta Jangan Remehkan Dasar Ketelusan Kerajaan Negeri
Kerajaan Negeri Selangor bertanggungjawab kepada rakyat untuk melapor dan bertindak ke atas kecurigaan sekitar penggunaan sumber kerajaan negeri.
Diamanahkan untuk membantu masyarakat miskin berdiri atas kaki sendiri, tanggungjawab ini mendorong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mendedahkan kertas putih bersabit Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).
Kertas Putih ini memperinci status segala peruntukan dan hartanah yang disalurkan kerajaan negeri kepada badan itu dari awal penubuhannya.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata laporan itu membolehkan rakyat menilai pengurusan YBK dalam mengendalikan bantuan berjuta-juta ringgit yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
“Saya berasa langkah ini amat baik kerana YBK adalah satu badan ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk menolong orang-orang miskin di negeri Selangor.
“Jadi saya rakyat di Selangor perlu memahami apakah fungsi dan ke mana dananya dan juga peranannya,” katanya.
Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, wang pembayar cukai yang digunakan untuk menghasilkan laporan ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan lain sekiranya pihak YBK tidak menyembunyikan laporan kewangan dari pemantauan kerajaan negeri.
“Kita menekankan prinsip keupayaan, ketelusan dan kebertanggungjawapan, dalam prinsip ini, YBK tidak selaras oleh kerana itu pimpinan YBK harus akur dan terima keputusan kerajaan negeri serta memberi kerjasama sepenuhnya dan jangan timbulkan perkara yang remeh-temeh,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment