31 January 2010

PR Anjur Dialog Antara Agama

Pakatan Rakyat akan menganjurkan dialog antara agama membabitkan pemimpin Islam dan agama lain dalam tempoh terdekat.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim berkata, dialog berkenaan perlu diadakan memandangkan kerajaan pusat keberatan mengambil inisiatif itu demi keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Anwar berkata demikian selepas mesyuarat majlis presiden pakatan rakyat di ibupejabat KEADILAN petang tadi.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden Pas Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan bersama badan-badan bukan kerajaan malam ini untuk membincangkan polemik kalimah Allah.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese