20 January 2010

Najib Terima Tamparan : Felda Diarah Bayar RM11 Juta


Diarah Bayar RM11.7 Juta FELDA Perlu Ambil Iktibar

Sekali lagi pimpinan Najib Razak terpaksa menerima tamparan hebat apabila Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diarahkan membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peneroka Felda berhubung bayaran buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Felda hari ini.

Sebelum ini, Felda mengemukakan kebenaran untuk merayu ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu membayar saman berjumlah RM7.8 juta termasuk faedah kepada peneroka selepas peguam Felda gagal hadir di mahkamah untuk perbicaraan kes itu.

Jumlah berkenaan telah meningkat kepada RM11 juta dengan faedah terkumpul dan setiap peneroka dijangka menerima pampasan RM30,000.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin dan Datuk Gopal Sri Ram sebulat suara menolak permohonan Felda untuk kebenaran mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengarahkan Felda membayar ganti rugi terhadap semua peneroka.

Peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan mengemukakan saman itu ke atas Felda pada 2002 dengan setiap seorang menuntut antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum selepas mendakwa agensi itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 sehingga mengakibatkan mereka rugi.

Mereka menamakan Felda sebagai defendan pertama, Pengurus Rancangan Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Ibrahim Ismail defendan kedua (Ibrahim telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan ketiga.

Di dalam writ saman itu, mereka mendakwa berlaku penipuan dalam urusan jual beli hasil atau buah sawit yang dijual. Semasa prosiding hari ini kira-kira 200 peneroka hadir dan memenuhi perkarangan mahkamah Istana Keadilan. Semua peneroka diwakili sekumpulan peguam diketuai Yusfarizal Yusof manakala Felda diwakili peguam Datuk Cecil Abraham dan Sunil Abraham.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Zabidie Abas dalam blognya menyeru semua peneroka felda seluruh negara meneliti hasil gred sawit. Beliau dipetik sebagai berkata, boleh dikatakan hampir semua kilang sawit milik felda menipu peneroka.

"Bukti-bukti yang diperolehi sangat jelas berlaku penipuan gred. Rakan pencatat iaitu Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff kini sedang menguruskan beberapa kes seumpamanya yang melibatkan kes penipuan gred dan penipuan wang caruman.

"Selain di Kelantan, di Johor melibatkan Gugusan Moakil dan Taib Andak. Beberapa kelompok peneroka lain sedang meneliti kes. Di Sungai Sibul, Pengeli, Tenggaroh dan Kota Tinggi hanya menunggu masa untuk menfailkan saman terhadap Felda," jelas Zabiedie dalam blognya.

Menurut beliau, hal yang sama berlaku di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Pasukan peguam dengan kerjasama Anak menunggu lampu hijau untuk mengemukakan saman terhadap Kumpulan Felda.

Sementara itu, Pengurusi Biro Felda PKR Hj. Suhaimi Said berkata, di Pahang bakal belaku beberapa saman terhadap Felda. Beberapa fakta yang jelas telah dikenalpasti. erapakatan

1 comment:

Anonymous said...

Mamat ni patut diberitahu bahawa doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Allah. Insya Allah.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese