29 January 2010

Kerajaan Wajib Bagi Duit Royalti Kepada Kelantan – Ku Li


“Bertindih tak bertindih, JDA tak JDA kalau ada minyak, tetap Kelantan dapat,” jelas bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah ketika menyampaikan ceramah perdana penjelasan isu royalti minyak Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.

“Ini (perjanjian) mengikut undang-undang... dilulus oleh parlimen.. dan perjanjian yang dibuat oleh kerajaan-kerajaan negeri berdasar kepada perjanjian yang dibuat antara (Kerajaan) Sarawak dengan Petronas.

“Jadi.. ambo (saya) pun berfikir juga.. ye lah.. kena fikir juga benda lagu ni (perkara ini) tidak?.. bakpo (kenapa) yang susah sangat sampai masa nak beri duit ke (kerajaan) Kelantan ni.. telaga minyak mengikut agreement builah (berilah).. wajib kena bagi (royalti).

“(Kalau atas alasan diperintah pembangkang) Sabah pernah jatuh ke tangan pembangkang.. masa PBS berkuasa di sana di bawah Joseph Pairin sebagai Ketua Menteri (Kenapa) Petronas bayar juga.. 5 peratus.. tak timbul (pula) nak beri (atas nama) ihsan tak ihsan..,”

3 comments:

Anonymous said...

1 Malaysia kena dera. Rakyat dibohongidahulukan. Kelantangan Ku Li bersuara tu diketepikan. Elok dia ucapkan selamat tinggal kepada UMNO. Pengundi Gua Musang pasti sokong dia walau dia bukan bertanding atas tiket UMNO, buktinya masa dia jadi Presiden S46 dulu dia tetap mengang! Tak taulah kalau dia ada strategi tersembunyi.

Anonymous said...

Di muka depan SIASAH memaparkan tajuk bahawa Ku Li mungkin dipecat dari UMNO! Baguslah kalau UMNO buat begitu. Ku Li boleh jadi tiang untuk memperkukuhkan PR. Dia mungkin menyertai PKR. PM mula bersuara untuk mempertimbangkan royalti untuk Kelantan. Boleh percayakah cakap grombolan munafik ni?

Pacifist said...

berikan hak pada yg berhak.jgn banyak alasan.bukti bertulis dah ada.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese