16 January 2010

Kes serangan ke-10, DAP gesa Polis jejak pentualang



Sebuah lagi gereja menjadi sasaran individu tidak bertanggungjawab,sekaligus menjadikannya gereja ke sepuluh diserang sejak Jumaat minggu lalu.

Kali ini tingkap gereja Grace Global Prayer Rasah pecah lewat petang semalam.

Kejadian dipercayai berkait dengan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Insiden ini sedang disiasat oleh Polis Negeri sembilan.

Laporan Malaysian Insider hari ini memberitahu Ketua Polis Negeri Sembilan, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata bahawa satu objek batu dilemparkan dengan kuat ke arah tingkap.

Pekerja-pekerja gereja menyedari kemusnahan kira-kira 7.30 malam tadi.

“Kami sedang menyiasat dan akan mempertingkatkan keselamatan di kawasan sekitar gereja,” katanya.

Selain sembilan gereja menjadi sasaran serangan dan kerja vandalisme termasuk satu di Miri setakat ini, kuil Sikh di ibu negara dilembarkan dengan 15 ketul batu tiga hari lalu.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese