07 January 2010
Karpal Akan Fail Laporan Polis Terhadap Pegawai SPRM
Contempt application delays Teoh inquest
Peguam mewakili keluaraga Teoh Beng Hock, Karpal Singh meminta Mahkamah Koroner mengarahkan mana-mana pihak yang terlibat dalam inkues kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu membuat laporan polis terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Raub Ghani.
Karpal berkata, arahan itu perlu bagi membolehkan Peguam Negara Gani Patail membuat keputusan sama ada Raub perlu didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Melarikan Orang dan Mengugut Saksi Secara jenayah 1947 atau tidak.
Bagaimanapun mahkamah tidak membuat arahan mengenai perkara ini dan Karpal berkata pihaknya sendiri akan membuat laporan polis selepas menerima salinan laporan yang dibuat Raub dari SPRM esok.
“Ia adalah dua perkara berasingan di mana satu, ia berkaitan dengan menghina (mahkamah) akan diputuskan oleh Majistret. Satu lagi adalah laporan polis yang akan dibuat di bawah akta itu, kemudian Peguam Negara selaku pendakwa perlu mengarahkan pihak pendakwaan untuk mendakwa di mahkamah.
“Tidak, mahkamah tidak mengarahkan kami. Kami meminta namun, mahkamah tidak mengatakan apa-apa, tapi kami ada keupayaan untuk membuat laporan polis sejurus selepas mendapat salinan esok,”katanya.
1 Januari lalu, Raub membuat laporan polis supaya Dr Pornthip disiasat kerana disyaki membocorkan maklumat laporan bedah siasat kedua, 22 November lalu kepada pihak sewajarnya.
Laporan itu dibuat susulan penerbitan berita akbar rasmi Parti Kedailan Rakyat, Suara Keadilan ‘Pornthip Sahkan Beng Hock Dibunuh’ edisi 29 Disember- 5 Januari yang menyimpulkan, mantan Setiusaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati dibunuh.
Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar dalam hujahnya pada inkues pagi tadi berkata, laporan Raub itu cuba menakutkan saksi kerana mengikut laporan Suara Keadilan, maklumat yang diperoleh adalah daripada sumber Kementeri Kesihatan dan tidak menyebut nama Dr Pornthip. TVS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment