31 December 2009

Saya tak sindir Nik Aziz – Husam



Exco kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa menafikan dakwaan artikel beliau yang menyeru agar tidak mencapurkan urusan keluarga dengan pentadbiran adalah bertujuan untuk menegur menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau menjelaskan kenyataan itu adalah kepada Malaysia dan juga diri sendiri dan tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. Kenyataan beliau dikatakan bertujuan menegur campur tangan menantu Nik Aziz di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang seolah – olah ingin melagakan dirinya dengan mursyidul am PAS itu.

"Tidak betul macam itu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu. Saya nasihatkan agensi kerajaan ini jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri di samping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ini daripada pihak yang tidak bertanggugjawab," katanya.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin