Tun Dr Mahathir disaran mempengaruhi Perdana Menteri, Najib Razak supaya menyiasat ke mana RM270 bilion hasil minyak negara telah dibelanjakan. Gesaan ini dilakukan, Exco kanan kelantan, Datuk Husam Musa melalui suratnya yang dihantar kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disiarkan dalam blognya.
Melalui surat itu, Husam juga menyenaraikan perbelanjaan yang telah dibazikan kerajaan yang ketika itu berada di bawah naungan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Senarai pembaziran yang disiarkan Husam mencecah RM 5.5 bilion ringgit.
"Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat. Jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan," jelas Husam.
Husam percaya Mahathir mampu mempengaruhi najib untuk membentangkan kertas putih pada sidang Parlimen akan datang berkaitan isu ini. Bagi Husam, perkara ini mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan tiada sebab untuk Najib enggan melakukan perkara yang sedemikian.
Surat terbuka tersebut - yang disiarkan dalam blognya Cetusan Hati - merupakan reaksi balas kepada kenyataan Dr Mahathir pada 22 Disember lalu yang mahu Abdullah Badawi juga disiasat oleh suruhanjaya diraja kerana didakwa membazirkan wang negara.
Namun, Najib menolak cadangan Mahathir untuk menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat pengurusan kewangan Mahathir dan Pak lah. erapakatan
Surat Terbuka Untuk Tun Dr. Mahathir - Husam Musa
No comments:
Post a Comment