27 December 2009

Perhimpunan mendesak PAS Selangor keluar Pakatan Rakyat (Video & Gambar)



Sumber foto (sini)

Tumpukan pada kerja mempertahankan Selangor

Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir
Ketua Penerangan PAS Selangor

Setelah beratus-ratus SMS dikirim termasuklah bantuan lidah-lidah pengadu domba khasnya di alam maya ini hanya 8 orang yang dilaporkan hadir (disahkan oleh seorang rakan wartawan yang mnegatakan wartawan yang hadir lebih ramai bilangannya) dalam apa yang didakwa kononnya Perhimpunan Mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat sebentar tadi. Memorandum yang kononnya akan diterima sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Dato Dr Hasan Ali entah telah diserah pada jembalang mana.

Siapakah mereka ini?

Pimpinan Umno Selangor menafikan mereka terlibat (itu pun kalau boleh percaya). Pimpinan PAS Selangor memang tidak terlibat langsung. Anehnya kawan-kawan bersungguh-sungguh memberi komen dan teguran termasuklah merayu Dato Hasan agar jangan menerima memorandum tersebut. Anehnya lagi lidah rasmi parti di alam maya turut menyumbang ke arah mencetuskan keresahan khasnya ahli dan penyokong parti seolah mahu melihat karier seseorang itu dimatikan melalui himpunan tak berakal ini!

PAS Selangor selesa dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor malah semalam semasa program Daurah Tarbawi Negeri yang diadakan semalam (dihadiri Dato Hasan dan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat), hadirin yang mengambil bahagian bertekad mempertahankan kerajaan negeri dan berusaha melonjakkan lagi prestasi PAS di negeri ini.

Soalnya mengapa PAS Selangor mesti keluar dari PR?

Terus terang bagi saya insiden ini suatu kerja jahat yang disokong pula oleh tangan-tangan hitam yang mahu melihat PAS Selangor bermasalah dan melagakan pimpinan dengan ahli. PAS Selangor konsisten dengan agenda perjuangan PAS, dan kedudukannya dalam kerajaan negeri akan digunakan bagi meyakinkan rakyat tentang relvannya PAS dan PR serta betapa pentingnya kerajaan ini terus kekal memerintah Selangor. Tidak ada sebab ia mahu tinggalkan PR.

8 manusia yang bermasalah itu bukan orang PAS. Kalau adalah rekod mereka ahli PAS maka sayalah yang pertama yang akan mengesyorkan agar mereka dipecat dari parti. Saya juga sedang menimbangkan untuk membuat laporan kepada PAS Pusat tentang bagaimana media parti boleh turut serta mensensasikan kerja-kerja jahat ini dan saya pandangn tindakan itu sebagai serius dan perlu ditangani.

Ada laporan yang memetik tulisan seorang blogger dalam buangan yang meramalkan kerajaan PR Selangor akan jatuh dan menganggap kononnya himpunan orang-orang separuh tiang itu akan mencetuskan gelombang yang ditelek oleh anak Raja berkenaan, Malangnya media resmi parti turut melaporkan:

Sementara itu, blogger Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya memberitahu, para pemimpin Umno telah memberitahu orang-orangnya dalam agensi kerajaan negeri ini bahawa Barisan Nasional akan mengambil alih Selangor Januari ini.

Ekoran itu, katanya, banyak agensi kerajaan negeri yang masih dipimpin oleh penyokong Umno 'tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya'.

Ini kerana, mereka menunggu apakah kerajaan negeri Pakatan di Selangor ini akan jatuh atau tidak ke tangan BN Januari ini sebagaimana yang dijanjikan pemimpin Umno itu.

Adalah dipercayai, jika benarlah tulisan Raja Petra ini bermakna antara strategi Umno adalah dengan memecahkan PAS di Selangor dan seterusnya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ramalan ini untuk makluman pernah dibincangkan dalam salah satu mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor (Majlis PR Selangor bermesyuarat secara kerap 2 minggu sekali, bukti betapa kukuhnya ikatan PR Selangor, negeri lain bagaimana?). Walaupun kami bukanlah mahu bermegah bahawa kerajaan ini kukuh, namun Tan Sri MB menganggap kalau kita beri tumpuan pada tulisan seumpama ini semata-mata banyak kerja lain yang lebih penting untuk rakyat tidak dapat kita laksana dan selesaikan.

Jentera kerajaan negeri berjalan lancar di Selangor. Tiada yang terbantut dan ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan PR Selangor bergerak seperti biasa,memerintah negeri ini dengan selesa dan insyallah berusaha memperteguhkan lagi kedudukannya dalam PRU ke 13 nanti. Mari kita bekerja ke arah itu dari meleleh air liur terpesona degan kerja-kerja orang separuh tiang.(sumber)

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli - Malaysiakini

4 comments:

Anonymous said...

Poyo lak mangkuk yg pakai jaket hitam 2...hei'BERUK'(itu yg dikatakan oleh K.J)Hang tak takut dosa ker...nie salah satu jenis geng2 DAJJAL SIAL!!

Pejuang Islam said...

Btull latuhhh...stuju sangttt PAS kluarr pakatan ni dok kongsi kek dgn PKR yang tiada matlamat perjuangan...DAP yng perjuangkan hak-hak yang bakal menggugat kedudukan org melayu Islam.....
cuba fikir macam mana PAS nak memartabatkan daulah islamiyah jika segala buah fikiran dan perjuangan mesti memikirkan kepentingan DAP KARPAL & PKR ANWAR..Rnungrenungkan.......

Anonymous said...

Gelinya hati. Dulu masa dekat PRU12 ada macam-macam cerita disebarkan di markas-markas BN. Sekumpulan pendakyah kata puak-puak PAS tiap-tiap hari dok maki orang BN. Kumpulan Pemuda pula sebar cerita kononnya baginda Sultan Kedah merasa kurang senang kerana kerusi DUN Anak Bukit berada di tangan PAS. Anehnya bila Kerajaan BN tumbang di Kedah, Tuanku Sultan awal-awal lagi berkenan lantik Ustaz Azizan jadi MB. Adun Anak Bukit pula dilantik sebagai exco. Bila YB Radhi Salleh (Adun Lunas) jadi katak BN bersorak sakan. Bagus sangat kalau katak sekor ni lompat masuk periuk UMNO. Bolehlah direbus sampai empuk.

Anonymous said...

Kalau nak tahu beruk yang pakai jaket hitam tu adalah Si Munafik! Kalau mati tak perlulah dikebumi macam umat Islam. Bagi kat anjing saja!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese