Pelbagai gelora yang ditempuhi oleh Pakatan Rakyat (PR) spanjang 2009, terutama ’serangan’ dari Umno-BN yang menggunakan seluruh jentera dari media arus perdana hinggalah ke jabatan-jabatan kerajaan, terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Polis untuk menjatuhkan.
Namun di sebalik usaha ‘melenyapkan’ PR, terutama di lima negeri (kini empat selepas Perak ‘dirampas’ dengan cara di luar amalan demokrasi dan tidak beperlembagaan), gagasan yang ditunjangi tiga parti itu, PAS, PKR dan DAP, masih utuh, malah terus kukuh mencengkam pendakian ke Putrajaya.
Laporan Ketua Audit Negara yang memuji kecekapan pentadbiran PR di empat negeri yang di perintahnya, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, menjadi satu tamparan kepada slogan yang sering dilaung-laungkan oleh parti itu, hanya Umno saja yang boleh memerintah negara ini. PR kian diyakin rakyat untuk membawa perubahan demi kesejahteraan hidup di negara yang disayangi ini.
Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) pada 19 Disember lalu, adalah puncak permuafakatan tiga idoelogi yang sekali gus mencabar ketelusan, kewibawaan Umno-BN yang penuh dengan 1,001 penyelewengan.
Rakyat kian yakin dengan hala tuju PR, terutama selepas konvensyen yang genap seminggu berlalu. Rakyat semakin mendekati PR dari segenap sudut.
Segala usaha Umno-BN untuk meleraikan ikatan PR, terutama cuba ‘memisahkan’ Pas dari gagasan itu, ternyata meleset. Kini juak-juak Umno-BN cuba pula memecahbelahkan Pas dalam usaha mereka melemahkan parti Islam itu. Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘diserang’ habis-habisan kerana prinsipnya yang tidak mahu bersekongkol dengan parti sekular Umno-BN menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cuba diaibkan dengan konspirasi mahu ‘memenjarakan kerjaya’ politiknya dengan harapan menghancurkan PR.
Begitulah terdesaknya Umno-BN yang menyalahgunakan beberapa agensinya, terutama SPRM yang akan bertindak pantas ibarat lipas kudung apabila membabitkan pemimpin-pemimpin PR sehingga tradegi kematian misteri setiausaha kepada exco kerajaan Selangor mendiang Teoh Bon Hock yang merencat konspirasi ini.
Hanya isu pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara bernilai lebih RM2,000, mayat Teoh terdampar di tingkat lima Plaza Masalam, di mana terletakknya pejabat SPRM Selangor.
Namun apabila laporan dibuat terhadap pemimpin Umno-BN, SPRM bagaikan ‘manusia bergigi tapi tidak berlidah’. Untuk menutup segala keaiban ini, Pesuruhjayanya Datuk Ahmad Said ‘kononnya’ memohon meletak jawatan enam bulan klebih awal daripada tarikh persaraannya.
Itu hanyalah sebahagain kecil skrip drama Umno-BN. Parti pemerintah itu juga menggunakan saluran yang cukup berpengaruh ‘media’ dalam kempennya merendah-rendahkan kredibiliti PR.
Namun apa yang dikemukakan pengalisis politik pro-Umno-BN banyak memberi tumpuan kepada perkara remeh-temeh terhadap pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah PR.
Dakwaan musuh PR bahawa gabungan itu bergolak di sebalik menang enam pilihanraya kecil, hanyalah sebagai ‘escapism’ daripada kebimbangan yang sedang dihadapi oleh Umno-BN untuk menghadapi suara rakyat pada PRU13 yang dijangka pada 2012, paling lewat.
Kebanyakan pergolakan yang dijadikan isu oleh Umno-BN hanyalah perbezaan ideologi. Bila melibatkan kepentingan rakyat, PAS, PKR dan DAP sanggup melupakan soal idoelogi kerana keutamaan adalah kepada rakyat.
Antara isu yang sering dimainkan oleh musuh PR serta media upahan mereka ialah ancaman Pengerusi DAP Karpal Singh menarik DAP keluar PR jika PAS masih mahu melaksanakan hukum Hudud dan qisas sekiranya gabungan itu berjaya mengambil alih pemerintahan negara.
Selain itu, reaksi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang bertegas PAS juga boleh membuat kenyataan berbentuk ugutan kepada DAP dan PKR sekiranya mereka enggan menerima cara Islam yang dibawa oleh parti itu.
Mereka juga mendakwa, parti yang menerajui pentadbiran di negeri masing-masing berdepan pelbagai isu yang menggugat kewibawaan mereka.
Antaranya di Pulau Pinang, pentadbiran Lim Guan Eng berdepan dengan kemelut penduduk setinggan Kampung Buah Pala manakala Azizan di Kedah menghadapi isu perobohan pusat penyembelihan babi oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) sehingga wakil DAP Kedah/Perlis bertindak keluar dari gabungan di Kedah.
Di Selangor, kontroversi tercetus ekoran timbul isu moral berhubung exco kerajaan Negeri Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong apabila gambar separuh bogelnya tersiar di internet. Selain itu isu "kepala lembu" kerana bantahan penduduk terhadap cadangan memindahkan kuil.
Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga teruja oleh desakan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya kedudukan Exco dari DAP Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan termasuk melibatkan penjualan arak di kawasan majoriti Melayu.
PAS mahu Selangor menguatkuasakan garis panduan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu tetapi ditolak oleh Menteri Besar yang menyifatkannya sebagai bukan isu.
Hakikatnya, semua masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri di bawah PR itu, adalah warisan masalah ketika BN memerintah. PR cuba mengatasinya. Soal isu penjualan arak, kita tahu siapa dalang di sebaliknya. Kebanyakan isu-isu ini ada tangan-tangan ‘dalang’ yang kemaruk kerana hilang kuasa selepas 52 tahun meratah harta rakyat.
Namun jika dibanding dengan kekalutan pemerintahan Umno-BN, terutama membabitkan rasuah, umpama bumi dengan langit. Deretan ratusan kes ‘jerung’ seperti PKFZ, Perwaja, pembelian kapal selam (komiasyen saja lebih RM500 juta, kos operasi dan senggaraan setahun RM290 juta), tren dibeli pada harga tiga kali ganda, dan namakan apa saja yang ada di bumi Malaysia ini, dulu kini dan selamanya Umno-BN bergelumang dengan rasuah.
Kebanyakan kes ini disenyapkan oleh SPRM kerana ada campurtangan pihak atasan menjadikan suruhanjaya itu seperti ‘cicak berak kapur’.
Mahathir sendiri dalam blognya melaporkan bekas pemimpin kanan Umno menyifatkan parti Melayu itu sudah ‘busuk hingga ke usus’. Banyak teguran Chedet, tapi segala kemusnahan itu, beliaulah yang memulakan. Kini beliau cuba menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika 22 tahun pemerintahnnya ‘menghanguskan’ RM100 bilion dengan spekulasi harga timah dan rasuah.Ramai penganalisis ekonomi mengatakan lebih RM300 bilion.
Mahathir dalam penulisan terbarunya menerusi blognya Chedet, cuba mengheret penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk mempertahankan dirinya. Mahathir mempersoalkan kemana Pak Lah membelanjakan RM270 bilion yang dibayar Petronas kepada kerajaan pusat selama lima tahun pemerintahannya.
Beliau mendakwa, rakyat boleh nampak ke mana RM126 bilion duit Petronas ketika pentadbirannya digunakan – KLCC, KLIA, jambatan Pulau Pinang, Menara KL, North Port and West Port Klang, Komuter, LRT dan monorel, lebuhraya di seluruh negara, trek keretapi berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, pembangunan Langkawi, Proton, Modenas dan banyak lagi. Semuanya itu memerlukan kos yang tinggi. Tetapi pembinaan itu banyak menerusi tender langsung bukan tender terbuka.
Jika dikaji secara halus, kejayaan PR yang menghilangkan majoriti 2/3 BN di parlimen dan memenangi 5 negeri, tidak termasuk Wilayah Kuala Lumpur yang hampir disapu bersih oleh PR, dicapai bukan berteraskan satu landasan perjuangan yang sekata.
Selain lima negeri (sbelum Perak dirampas) selepas PRU12, dituruti enam daripada lapan pilihanraya kecil memihak kepada PR ia adalah amaran awal daripada rakyat yang mahu Putrajaya beralih tuan.
Enama pilihanraya kecil yang dimenangi oleh PR ialah Parlimen Kuala Terengganu (Terengganu) dan Bukit Gantang di Perak serta kerusi Bukit Selambau (Kedah), Penanti dan Permatang Pasir (Pulau Pinang) dan Manik Urai (Kelantan).
Barisan Nasional pula memenangi kerusi negeri Batang Ai, Sarawak dan Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Sedikit demi sedikit mereka PR merapatkan jurang perbezaan atas kesedaran membina sebuah negara yang komited untuk rakyat.
Kesan kemunculan pakatan pembangkang daripada PRU12, dilihat mampu memainkan peranan "mengawasi dan menegur" terhadap pentadbiran Umno-BN dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat.
Hasilnya, pemimpin-pemimpin Umno-BN yang memegang tompok pemerintahan mula menyedari sekalipun enggan mengakui ‘kerosakan’ yang telah dilakukan sama ada dari aspek ekonomi, sistem kehakiman, keselamatan (terutama membabitkan PDRM), rasuah (SPRM), struktur masyarakat dengan masalah sosial dan 1001 kemusnahan.
Di sebalik kejayaan tersebut, PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membentuk pakatan pembangkang masih mencari formula terbaik ke arah mewujudkan persefahaman jitu sesama mereka.
Tanpa bergerak pada satu landasan perjuangan, PR sudah mampu membuktikan kewibawaan, sekalipun tidak dinafikan ada kelemahan-kelemahan, namun tempoh setahun setengah sejak PRU12 Mac tahun lalu, ia pencapaian yang jauh lebih baik berbanding Umno-BN yang sudah menerajui negara ini selama 52 tahun.
Konvensyen pertama PR Sabtu lalu ternyata meletakkan Umno-BN semakin tertekan. Ketiga-tiga parti dalam PR sudah bersetuju untuk bergerak pada satu landasan berkonsepkan ke arah membina negara rakyat untuk rakyat.
Ramai pendokong PR tidak mengharapkan semua perjuangan dan ideologi akan dapat di ’streamline’. Apa yang diharapkan sedikit kemajuan hasil konvensyen itu untuk menjadi titik permulaan meletakkan PR di landasan yang betul untuk terus bergerak atas konsep ketuanan rakyat, menghasilkan kesepakatan perjuangan yang mampu menuju ke Putrajaya pada PRU13.
Usaha gigih ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi doa munajat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiada siapa yang percaya bahawa pengerusi DAP yang lancang menentang konsep perjuangan Pas, Karpal Singh akhirnya duduk bersebelahan Nik Aziz.
Malah kenyataan MB Kelantan itu, di dada Karpal ada bulan (di dada Umno?), adalah kesan daripada perjuangan Pas yang telus dan ikhlas berteraskan Islam. Sesungguhnya, janji Allah itu tetap benar, selagi kita berpegang kepada syariat dan syariah Nya. Selagi kita berpegang kepada taliNya, kita tidak akan tergelincir.
Jika pada peringkat awal selepas PRU12, PR dilihat sebagai ‘ mata’ mengawasi Umno-Bn, kini gagasan itu mula dilihat sebagai ‘bakal’ penghuni di Putrajaya. PR lulus ujian getir 2009 tapi bagaimana dengan ‘gelombang’ 2010, tanpa Anwar? freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment