17 December 2009

Pemimpin PR Tidak Serius Tolak Bajet Najib

Hasrat Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim untuk menolak usul Bajet 2010 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri gagal akibat daripada komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Bajet yang diluluskan dengan majoriti tiga undian itu bagaimanapun bukan menunjukkan kelemahan Ahli Parlimen Barisan Nasional sebaliknya sikap tidak serus yang ditunjukkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Meskipun pelbagai kecaman, sindiran, bangkangan dan sokongan yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat semasa sidang perbahasan berlangsung, namun ketika waktu penting untuk melakukan undian, seramai 15 orang tidak hadir. Ini jelas menunjukkan persefahaman, kesatuan dan komitmen mereka rendah. Para blogger juga didapati kesal dengan kelemahan yang ditunjukkan oleh mereka itu.

HARAKAH melaporkan bahawa seramai 5 daripada 15 orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak hadir itu terdiri daripada Ahli Parlimen PAS. Mereka ialah YB Dato' Mahfuz Omar (Pokok Sena), YB Dr Mujahid Rawa (Parit Buntar), YB Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat), YB Dr. Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan YB Taib Azamuddin (Baling).

1 comment:

Anonymous said...

MP BN dengan PR ni sama saja. Menyalak yang lebih, menggigit daka juga melainkan menggigit jari. Kalaua ayam tu kokok saja berderai, ekor bergelumang tahi. Msna pengundi nak caya?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese