16 December 2009

Penduduk Serah Memorandum Kepada Anak Syarikat Bank Negara



Lebih 80 orang penduduk dari Jalan Bukit Kerayong, Pandamaran dan Jalan Papan menyerahkan memorandum mendesak syarikat pemaju TPPT Sdn Bhd untuk tidak menafikan kepentingan penduduk.

Bersama Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, wakil penduduk berarak ke pejabat TPPT Sdn Bhd di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Memorandum itu menggesa TPPT supaya mematuhi syarat asal pembangunan semula Jalan Bukit Kerayong dan Jalan Bukit Papan seperti yang dijanjikan kepada penduduk.

“ Sekarang TPPT jual tanah itu kepada pemaju lain dengan harga RM 32 juta, meraka mendapat keuntungan RM 18 juta dan pemaju itu pula akan membina rumah untuk orang-orang kaya dan akan mendapat keuntungan Rm 150 juta" ujar Ang Mah Chye, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Bandar Jalan Papan.

TPPT Sdn Bhd adalah anak syarikat Bank Negara Malaysia. Syarikat pemaju ini dilantik untuk mengatasi masalah kawasan setinggan dan membina rumah-rumah kos rendah di Pandamaran.

Namun penduduk mendapati TPPT mula mengambil kesempatan dari projek ini dengan menjual tanah-tanah mereka kepada Melati Ehsan Development Sdn Bhd.

Keuntungan yang dikaut TPPT Sdn Bhd hasil penjualan ini mencecah RM 18 juta. Sekiranya projek ini dijayakan, keuntungan kepada pemaju dianggarkan mencecah RM 150 juta.

Charles berkata urusniaga antara dua syarikat pemaju ini menyimpang dari objektif asal projek ini, dan TPPT telah berlaku tidak adil terhadap penduduk Bukit Kerayong yang telah meneroka kawasan ini 70 tahun lalu.

“ Apa yang kita maksud ialah mereka semua akan dihalau keluar, mungkin minggu depan atau mungkin esok traktor akan datang dan hancurkan rumah mereka. Itu kita fakir tidak wajar dan tidak adil. Kita di sini untuk membawa memorandum, untuk berbincang secara aman dan memberitahu mereka aspirasi rakyat dan bagaimana kita boleh bersama-sama, kita bukan kata pembangunan tidak bagus, tetapi pembangunan mestilah bersandar kepada rakyat”.

Usaha penduduk jalan Bukit Kerayong dan Jalan Papan untuk berbincang secara aman bagaimanapun gagal lagi apabila pengarah urusan syarikat itu tidak berada di pejabat meskipun telah dimaklumkan kepadanya tentang pertemuan itu.

“ Saya merakamkan kekesalan saya tidak dapat berjumpa dan berdialog secara aman dengan pengurus kanan en Hidzir tetapi kita sebentar tadi telah menghantar memorandum kepada pihak TPPT mengatakan kepada mereka supaya projek TPPT ini bahawa projek TPPT ini adalah untuk kepentingan rakyat dan mengatasi masalah rakyat dan bukan untuk mengaut keuntungan”.

Tujuan asal penubuhan TPPT adalah untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai, membina rumah dengan harga berpatutan untuk mempromosikan pemilikan rumah, terutamanya golongan yang berpendapatan rendah. TVS

1 comment:

TEKONG DARAT said...

salam...
bersama martabatkan sepak takraw sebelum kita ianya dibawa ke olimpik

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin