Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Nizar Jamaluddin menganggap kenyataan Menteri Besar BN Perak, Zambry Kadir yang mahu menyelesaikan isu Perak sebagai kenyataan retorik yang sering diucapkan oleh pemimpin-pemimpin BN.
"Saya amat mengalu-alukan kalau benar Zambry mahu menyelesaikan krisis Perak secara berhemah supaya pembangunan serta pertumbuhan ekonomi Perak dapat dilakukan.
"Dan saya tidak nampak apa-apa jalan penyelesaian selain dari DUN di bubarkan dan pilihanraya kecil negeri Perak dapat dijalankan.Biarlah rakyat Perak sendiri tentukan siapakah yang layak memimpin mereka.
"Kewujudan kerajaan haram di Perak amat memalukan malah pelabur juga takut untuk datang melabur dan mangsanya adalah rakyat Perak," jelas Nizar sejurus selepas merasmikan Pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' di Hulu Klang baru-baru ini.
Menurut Nizar, kalaulah benar Zambry mahu menyelesaikan krisis Perak, Zambry boleh menyelesaikannya dengan mengadap sultan dan membubarkan DUN.
"Inilah yang saya katakan bahawa Zambry ini hanya retorik dan mengabui mata penuntut kita di luar negeri seolah-olah pelajar-pelajar kita disana tidak tahu apakah keadaan sebenar di Perak.
"Berdasarkan pengalaman bersama pemimpin BN selama hampir sepuluh bulan selepas merampas Perak dari PR, kita dapati pelbagai kenyataan retorik dibuat untuk pemimpin-pemimpin ini yang bertujuan untuk menghalalkan cara.
"Walhal bukan sahaja rakyat malah seluruh dunia mengetahui bahawa kewujudan kerajaan haram Perak sehing tidak ada langsung pelaburan luar berani untuk melabur di Perak,"ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Katanya,"Pelabur dan rakyat Perak tidak perlu lagi dibohongi dengan pelbagai retorik dan cukuplah dengan apa yang telah berlaku.
"Mengapa Zambry bimbang dan takut untuk membiarkan rakyat membuat pilihan.
"Inilah retorik 1 Malaysia yang menyebut rakyat di dahulukan sedangkan kehendak rakyat Perak supaya sebuah kerajaan berdaulat yang mendapat sokongan rakyat dinafikan.
"Inilah babak retorik demi retorik Zambry dan pemimpin-pemimpin BN terhadap rakyat Perak sedangkan realitinya mereka amat takut kepada rakyat kerana mereka sedar rakyat tidak bersama mereka.
Kenyataan Nizar tersebut ekoran laporan media yang melaporkan kenyataan Zambry di London yang mengharapkan semua pihak di Perak supaya menyelesaikan krisis di negeri itu bagi membolehkan pembangunan ekonomi negeri dapat di teruskan.
Sementara itu ketika merasmikan pelancaran buku 'Perak Darul Kartun' yang dikelolakan kartunis Zunar, Nizar berkata negeri Perak telah dilebel dengan pelbagai nama kerana ditadbir oleh kerajaan yang tidak mendapat restu rakyat.
"Perak ini dah jadi lebih dari kartun. Watak-watak yang merampas kuasa dari PR telah mencemarkan seluruh institusi kedaulatan Perak sehingga menjadikan Perak lebih teruk dari kartun.
"Kartun pun boleh gelak dengan kartun-kartun yang merampas kuasa di Perak. Buat jambatan gantung dua minggu runtuh. Siapa yang membuat dan dari sumber kewangan mana pun tak di ketahui serta tak dapat di kesan hingga saat ini, " jelas Nizar yang disambut ketawa sinis hadirin.
Turut serta dalam majlis tersebut ialah, Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Adun Ulu Klang, Shaari Sungip. - EraPakatan
No comments:
Post a Comment