KOTA BAHARU - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata barisan Exco Kerajaan Negeri sekarang akan dikekalkan dan tidak akan berlaku sebarang rombakan dalam tempoh terdekat ini.
Beliau berkata khabar angin kononnya akan berlaku rombakan adalah tidak benar.
"Saya beri jaminan tidak akan berlaku rombakan exco,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengenai pertukaran beberapa pegawai kanan kerajaan, Nik Aziz berkata itu adalah perkara biasa dalam memantapkan pentadbiran negeri. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment