Teka-teki siapakah identiti menteri kanan yang menghadiahkan kereta mewah berharga lebih RM1 juta kepada artis kegemarannya, terjawab dengan pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog pro-Umno selamatkanumno.blogspot.com .
Malah blog pro-Umno berkenaan juga turut mendedahkan nama artis berkenaan.
Sehubungan itu, blog itu mendesak menteri berkenaan segera menafikan jika tidak mahu memburukkan Umno yang sudah ‘busuk hingga ke usus’ seperti yang dirakamkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam bolgnya Chedet, baru- baru ini.
Desakan itu dibuat oleh blog berkenaan setelah laporan mengenai skandal itu disiarkan Suara Keadilan dua minggu lalu.
Komentar blog berkenaan pada 6 Disember lalu menginatkan mereka yang terbabit, skandal berkenaan akan menjejaskan lagi imej dan integriti Umno jika dakwaan itu dapat disahkan.
Pendedahan nama menteri dan artis itu dibuat selepas blog itu mengambil inisiatif menyelidik dakwaan tersebut melalui maklumat daripada beberapa wartawan.
“Kita mahu menghentikan spekulasi ini dan meminta Menteri Kanan tersebut menafikan secepat mungkin. Tindakan ini perlu dilakukan segera agar spekulasi (berkenaan) tidak merosakkan Umno,” kata blog itu lagi.
Suara Keadilan menyiarkan desas-desus pemberian istimewa menteri kepada artis berkenaan setelah ia menjadi perbualan hangat di kalangan wartawan hiburan dan pemimpin Umno.
Pemberian itu dikatakan menjadi pengetahuan umum setelah artis itu menunjuk-nunjukkan hadiah istimewanya itu pada majlis-majlis yang dihadirinya. freemalaysiatoday
No comments:
Post a Comment