15 December 2009

70 Ahli Parlimen BN Boikot Budget Najib

Kenyataan Media
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan.

Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi.

PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat. Parlimen gagal dimanfaatkan sebagai tempat untuk membela rakyat dan mereka boleh hadir atau tidak sesuka hati sedangkan gaji serta elaun mereka dibayar penuh mengunakan wang rakyat.

Jika mengambil pendekatan DUN Kedah, PAS yakin terdapat begitu banyak kerusi parlimen yang bakal dikosongkan kerana kegagalan wakil-wakil rakyat ini hadir secara penuh sidang – sidang yang diadakan.

PAS berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli-ahli parlimen Pakatan kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat di masa hadapan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1 comment:

cicitHJHASSANu said...

salam tuan...

tindakan perlu diambil juga kepada MP Pakatan Rakyat,kerana ketidakhadiran mereka BN masih bernyawa sedangkan mereka dalam kelemasan...

nak jadi ahli parlimen tapi lembab alamatnya hancurlah Malaysia.

wallahua'lam.

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese