01 December 2009

Himpunan depan SUK, Pemuda PAS Kelantan lapor Polis


Klik pada imej

KOTA BAHRU : Satu laporan polis telah dibuat Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) malam tadi di balai polis Kota Bahru berikutan khabar angin yang mengatakan satu perhimpunan akan diadakan di depan bangunan Sekriteriat Kerajaan Negeri SUK, Kota Darul Naim pagi ini.

Khabar angin yang disebar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula semalam itu mendakwa perhimpunan tersebut akan di adakan jam 10 pagi ini.

Bendahari DPPNK, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi.

Dalam kenyataan media selepas itu, Naib Ketua Pemuda DPPNK, Hisam Fauzi memberitahu, pihak mereka mendapat tahu perhimpunan berkenaan dianjurkan oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan.

“Saya tidak pasti sama ada kumpulan ini berdaftar atau tidak, tetapi kami dimaklumkan bahawa himpunan haram ini dianjurkan oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan,” ujarnya.

“Oleh itu, DPPNK mengesa pihak polis supaya mengambil tindakan pencegahan bagi mengelak perhimpunan ini,” ujarnya lagi.

Hisam menambah, usaha mengadakan himpunan ini adalah bertujuan politik bagi mengangu gugat kestabilan politik negeri ini dan pentadbiran Menteri Besar.

Tambahnya lagi, DPPNK kesal dengan beberap tindakan sejak kebelakangan ini yang menyerang Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang cuba memberi imej yang buruk kepada beliau.

DPPNK juga menyatakan sokongan yang teguh kepada Menteri Besar dan memberi sokongan yang penuh ke atas pentadbiranya. Rizal Tahir (Hrkh)

DPPNK Buat Laporan Polis
- luhampas
DPPNK Buat Laporan Polis - al-Kubrawiyyah

1 comment:

armouris said...

tak perlu la cegah. sebab kalau kita mintak cegah, sama la kita macam BN diorang tak kasi kita berhimpun. dulu kita cakap kalau tak kasi berhimpun, langgar perlembagaan. kita kata takde masalah sebab kita berhimpun secara aman.

jadi yang sepatutnya kita buat sekarang, bukan minta polis cegah, tapi minta polis pastikan perhimpunan tersebut aman. bertindak kalau melampau, cakap kata kesat.

memang la tak guna minta polis buat macam tu, tapi kalau kita pun buat apa yang yang kita tak suka orang lain buat kat kita, tak kena la....

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese