30 November 2009

"Kolonel Mat" Taja Perarakan Desak Nik Aziz Letak Jawatan Esok

(MSO) Sebaran SMS yang mengajak orang ramai supaya berhimpun di pintu masuk pejabat MB pagi esok kini sedang berleluasa disebar. Dipercayai SMS ini adalah jemputan khas yang digunakan untuk menyeru orang ramai berarak dan berhimpun bagi mendesak Nik Aziz letak jawatan.

Berikut adalah SMS yang dikatakan disebar:

"Salam Perjuangan Membela Kessucian Islam - Jemaah Rakyat Prihatin (Kel) JRPK, dengan setulus ikhlas mengajak tuan/puan sdr/sdri ke perhimpunan membantah dan mendesak MB Kel Datuk Nik Aziz minta maaf dan tarik balik doa jahanam TDP PM dan konco-konconya yang jelas bukan ajaran Islam dan mendesak supaya menantunya (Ariffahmi) segera meletak jawatan di PMBK. Pada 1hb Disember Selasa jam 10:00 pagi di depan pintu masuk Kota Darul Naim (Pjbt MB). Sama-sama menjaga kesucian Islam."



SAYA baru menerima panggilan telefon dari Kelantan yang memberi tahu satu rancangan sedang di atur oleh golongan tertentu untuk mengadakan perarakan dan himpunan secara besar-besaran di hadapan Pejabat Menteri Besar di Kota Darul Naim, Kota Bharu esok bagi mendesak Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakan jawatan sebagai MB Kelantan.

Himpunan itu juga untuk mendesak Nik Aziz supaya mempercepatkan mengambil tindakan (mendesak) ke atas menantunya Abdul Ariffahmi Ab Rahman supaya melepaskan jawatan CEO PMBK.

Nik Aziz minggu lepas atas nasihat pemimpin Pas pusat telah mengarahkan Ariffahmi melepaskan jawatan itu setelah perlantikan menantunya itu telah dieksploitasikan untuk memburukkan beliau dan kerajaan Pas Kelantan. Ariffahmi bagaimana pun sehingga kini masih belum berbuat demikian.

Menurut pemanggil berkenaan yang juga sumber rapat sebuah Pas kawasan, pihak Pas Kelantan telah pun maklum mengenai ura-ura perarakan dan himpunan berkenaan. Satu laporan polis juga dikatakan telah dibuat oleh pihak Pas kerana himpunan berkenaan tidak mendapat permit.

Dalam pada itu menurut pemanggil itu lagi pihak keselamatan Pas kini juga sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung desas desus berkenaan untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

"Keselamatan Pas telah memanggil mesyuarat segera untuk membincangkan apa yang dirancangkan itu, ia sedang berlangsung," ujar pemanggil berkenaan.

Selain daripada himpunan esok untuk mendesak Nik Aziz melepas jawatan, tambah pemanggil itu lagi ia juga untuk mendesak suapaya Nik Aziz menarik balik doa yang meminta Allah palingkan hati Perdana Menteri, Najib Razak supaya memberi wang royalti petrol ke Kelantan.

Nik Aziz semasa berkhutbah hari raya korban telah berdoa supaya Allah palingkan hati Najib supaya memberi royalti petrol ke Kelantan. Sekiranya Najib enggan berbuat demikian, katanya beliau (Nik Aziz) tidak akan teragak-agak untuk mendoakan agar Najib dan kerajaanya dimusnahkan Allah.

Sementara itu dari maklumat lain menyebut beberapa agensi kerajaan yang dikuasai kerajaan Persekutuan telah dihubungi oleh pihak tertentu supaya keluar beramai-ramai menjayakan himpunan berkenaan.

Arahan juga dibuat kepada kakitangan kerajaan supaya keluar dengan membawa bendera Umno dan bendera Pas. Sebuah pejabat Pertubuhan Peladang kawasan (PPP) turut sama dihubungi agen berkenaan.

Apakah himpunan berkenaan ada sangkut paut dengan pendedahan yang dibuat Nik Aziz tiga hari lepas kononnya ada "Kolonel Mat" yang bertanggungjawab merancang untuk menjatuhkan beliau dan menumbangkan kerajaan Kelantan?

Sekiranya perarakan dan himpunan berkenaan benar-benar berlaku esok, ini mengesahkan dakwaan Nik Aziz itu bahawa memang ada rancangan untuk menjatuhkan beliau secara kekerasan!
(Sini)

Umno buat demonstrasi membantah doa Tok Guru
- jiwokelate
Siapa Dalang Demo Esok? - manjanik

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin