06 December 2009

Dr M mahu modul BTN kekal.



Sementara itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Modul Biro Tatanegara (BTN) perlu dikekalkan dan tidak dirombak kerana ia sudah cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Tun Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia tidak faham nilai yang diterapkan dan menambah BTN sekadar menjelaskan realiti sejarah negara kepada peserta kursus.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff berkata beliau tidak terkejut dengan leteran terbaru mantan Perdana Menteri ini.

“Inilah contoh orang yang telah menyalahgunakan BTN untuk kepentingan peribadi beliau. Beliau takut bahawa alat propaganda beliau yang selama ini digunakan Barisan Nasional dihapuskan. Alasan untuk mempertahankan startegi propaganda yang digunakan oleh beliau ketika di tampuk pemerintahan.

“Beliau tahu dendam beliau terhadap Anwar Ibrahim masih lagi berterusan dan kita ada bukti bahawa BTN digunakan terutama sekali untuk membina karier politik Anwar Ibrahim di bawah pimpinan Mahathir.

“Saya melihat usaha alas an mengatakan BTN menjelaskan sejarah pembentukan Negara itu bagi saya adalah tidak releven. Kalau iapun, ia boleh dilakukan dalam bentuk pendidikan yang lain,” katanya. TVS

1 comment:

armouris said...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin