28 December 2009

Demostrasi Bantahan Menyekat Rombongan Bantuan “Palestine Solidarity Campaign” Ke Kedutaan Mesir

Viva Palestina remains stuck in Jordan


Dapatkan Berita & Ikuti konvoi: http://readingpsc.org.uk/convoy/

KENYATAAN MEDIA
28 DISEMBER 2009

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)

Dewan pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan Kerajaan Mesir yang tidak memberi kebenaran dan laluan kepada Viva Palestina Convoy 3 untuk meneruskan perjalanan bantuan ke Gaza. Malangnya, kini Konvoi yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign tersebut tersekat di Aqaba, Jordan setelah disekat masuk oleh Kerajaan Mesir.

Kerajaan Mesir telah menyekat deligasi sukarelawan tersebut yang diterajui oleh ahli Parlimen Britain, George Galloway yang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 240 ambulan dan kenderaan pelbagai jenis untuk menghantar bantuan ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan ke Gaza.

Rombongan ini telah bertolak dari London pada 05 Disember 2009 dan merentasi jalan darat melalui benua Eropah. Mereka sepatutnya dijadualkan sampai ke Gaza pada 27 Disember 2010 sempena ulang tahun serangan biadap dan pembunuhan zalim rakyat Gaza oleh regim zionis, kerajaan haram Isreal.

Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan demostrasi bagi menyerahkan satu memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir pada Jumaat, 01 Januari 2010 berkumpul selepas solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, jalan Ampang.

Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia terdiri dari muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Kerajaan Mesir menghalang Viva Palestina Convoy 3 yang dikendalikan oleh Palestine Solidarity Campaign agar dapat meneruskan perjalanan memasuki Gaza.


USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI
Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
Web rasmi http://pemuda.pas.org.my
Blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese