28 December 2009

Demontrasi Ahli PAS ‘Palsu’ : Pemuda Selangor Buat Laporan Polis

Wan Hilman Wan Ibrahim, jurucakap 'Gerakan Penyokong PAS Selangor'

Pemuda PAS Selangor mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat. Hal ini berikutan demonstrasi baru-baru ini yang mendesak PAS supaya keluar dari Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Zaidi Abdul Mutalib membuat laporan di Balai Polis Shah Alam dan mengaitkan kumpulan yang mendakwa diri sebagai 'Gerakan Penyokong PAS Selangor' cuba untuk memburukkan hubungan di antara PAS, PKR dan DAP.

Laporan itu juga dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS Selangor seperti yang didakwa mereka. Demontrasi itu didakwa bertujuan untuk mengeruhkan hubungan antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat.

Semakan dalam pengkalan data keahlian PAS telah memastikan yang semua ahli demontrasi itu termasuklah jurucakap mereka, Wan Hilman Wan Abd Rahim bukan PAS.

Terdahulu, Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mengadakan demontrasi mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat negeri ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya. - erapakatan

2 comments:

Anonymous said...

Monyet itu layak mendapat anugerah Pelakon Terbaik. Laporan polis itu sudah pasti akan terbenam begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan! Mreka ini dapat pemitkah?

Anonymous said...

Beruk nilah yang sebar ajaran munafik tu!!! Agaknya berapa upah dia dapat?

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese