16 December 2009

Ariffahmi persoal sikap membisu Husam

KOTA BARU — Sebalik tekanan agar melepaskan jawatannya segera, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman pula menyerang dengan mempersoalkan sikap membisu Datuk Husam Musa berhubung isu yang menyelubungi agensi itu.

“Sikap membisunya menimbulkan banyak persoalan,” kata menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada The Malaysian Insider.

Perbadanan Menteri Besar Kelantan dilanda krisis ekoran pemecatan Pegawai Perhubungan Korporatnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga blogger dikenali sebagai Kickdefella.

Beliau dipecat kerana dituduh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah laku pengurusan di Perbadanan Menteri Besar Kelantan melibatkan Ariffahmi sendiri.

Krisis tersebut sekali gus menuntut banyak pihak mendesak Ariffahmi supaya melepaskan jawatannya.

Ia kembali hangat minggu lalu apabila Ariffahmi mengumumkan yang beliau hanya akan meletakkan jawatannya Mac depan.

Menurut Ariffahmi, Husam sebagai Exco Kerajaan Negeri tidak seharusnya mengambil sikap demikian jika benar-benar niatnya adalah untuk memperjuangkan kebenaran sebagaimana beliau memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan.

“Husam mesti tunjukkan juga pendiriannya dalam isu Kickdefella (Syed Azidi),” katanya.

Syed Azidi dikatakan individu sangat rapat dengan Husam sebelum ini pernah membuat kenyataan secara terbuka bahawa walaupun secara rasminya kerja dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan tetapi bosnya yang sebenar ialah Husam.

Di samping itu beliau juga tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya diperlukan.

Sebelum ini Ariffahmi mengatakan beliau tidak faham niat cadangan tiba-tiba Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar perkhidmatannya ditamatkan segera.

Sehubungan itu beliau meminta Mahfuz menjelaskan motifnya yang sebenar memandangkan sebelum ini ketika beliau diasak, dihentam bersama bapa mentuanya dalam isu tersebut Mahfuz hanya mengambil sikap berdiam diri. The Malaysian Insider

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese