09 December 2009

Aktiviti Perjudian Perlu Dikurangkan

Kerajaan diminta mengurangkan aktiviti 'Special Draw' atau Cabutan Khas (perjudian) yang semakin meningkat di negara ini.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan di Dewan Rakyat, Kerajaan telah meluluskan sebanyak 102 kali cabutan khas dalam tempoh 48 hari kepada agensi nombor ramalan sepanjang tahun 2009 ini.

Kenyataan bertulis ini dikeluarkan bagi menjawab soalan tiga Ahli Parlimen DAP iaitu Loke Siew Foke, Fong Po Kuan dan Chong Chieng Jen yang meminta jaminan dari Menteri Kewangan supaya mengurangkan aktiviti 'special draw' (perjudian) di negara ini.

Bagi Cabutan Khas untuk tahun 2009 pula, sebanyak 72 cabutan telah diluluskan dalam tempoh 27 hari bermula dari Jun hingga Disember 2009.

Kerajaan memaklumkan belum lagi membuat sebarang keputusan rasmi berhubung aktiviti cabutan khas atau 'special draw' bagi tahun 2010 kelak. Kajian masih lagi dijalankan oleh kementerian berhubung jumlah bilangan cabutan khas yang akan dikeluarkan pada tahun hadapan.

Cabutan khas yang dinyatakan ini termasuklah cabutan yang telah diluluskan pada tahun 2008, iaitu berjumlah 30 kali dalam tempoh 21 hari bermula Januari hingga Mei 2009.

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese