28 November 2009

Nik Aziz: Konspirasi ‘Kolonel Mat’ mahu jatuhkan saya

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa konspirasi untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan pentadbiran negeri dan dalam PAS sudah lama dilakukan oleh pihak tertentu.

Malah Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS percaya bahawa seorang bekas pegawai tentera terbabit di sebalik konspirasi tersebut.

Bagaimanapun beliau, Pesuruhjaya PAS Kelantan enggan mendedahkan dalang di sebalik konspirasi tersebut tetapi hanya menamakan seseorang yang hanya dikenali sebagai ‘Kolonel Mat’.

“Usaha ini bukan baru, usaha selama-lamanya. Kita parti serupa berniaga...buka kedai A hendak jatuh kedai B dan kedai B hendak jatuh kedai A.

“Saya bawa parti Islam, kita ada Ibrahim Libya, kena bunuh dan masa 13 Mei dulu ramai tok guru kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ini cerita lama. Saya sebut nama semalam (Kolonel Mat) pasal ini barang sah dan sahih,” kata beliau di sini semalam.. Bagaimanapun beliau yang dipetik Utusan Malaysia enggan mengulas lebih lanjut mengenai polemik yang timbul termasuk isu siapa bakal penggantinya.

Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Penghayatan Hari Wukuf di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini kelmarin mendakwa sudah ada konspirasi untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar dan daripada kerajaan PAS Kelantan.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Nik Aziz tidak sepatutnya ditekan untuk menamakan penggantinya dan semua kenyataan pemimpin PAS mengenai perkara itu mesti dihentikan.

“Jangan paksa Tuan Guru mencadangkan penggantinya. Beliau tentu mempunyai perkiraan, perhitungan dan kebijaksanaan sendiri untuk memilih masa yang sesuai untuk mencadangkan siapa penggantinya,” kata beliau.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan tindakan berbalas-balas kenyataan mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media memberi tekanan kepada Tuan Guru menamakan penggantinya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Walaupun tindakan menyuarakan pandangan mengenai perkara itu adalah hak demokratik masing-masing, kata beliau, tetapi berbalas-balas kenyataan sesama sendiri mengenai perkara itu secara terbuka di dalam media boleh mengakibatkan implikasi yang lain.

“Lebih dari itu, semua pihak jangan membelakangi tertib organisasi di dalam PAS.

“Dari segi peraturan berorganisasi di dalam PAS, Tuan Guru atas sifatnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan boleh mencadangkan nama penggantinya kepada dan di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk dipertimbangkan.

“Begitu juga, ahli-ahli mesyuarat yang lain di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat juga boleh mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan.

“Tetapi, dari segi kaedah berjemaah di dalam PAS, keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang dipilih oleh muktamar,” kata beliau dipetik Harakah Daily.

Fahami Siapa Kolonel Mat? - MSO

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese