23 November 2009

MB Kelantan: Nik Aziz digesa umum pengganti, pelan peralihan - Nik Amar.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.

Gesaan itu diketengahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk mudahkan proses," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mohd Amar menambah: "Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) perlukan masa untuk stabilkan keadaan."

Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa berundur sekarang.

"Cuma pada pandangan saya, Tuan Guru sudah ada dalam fikiran tapi tak mahu namakan kerana tak nak lukakan sesiapa.

"Bukan suruh Tuan Guru berundur, lebih baik namakan pengganti atau cadangkan kepada parti, nak terus kekal pun tiada masalah," katanya lagi.

Nik Aziz menerajui Kelantan sejak pilihan raya umum 1990.

Kata Mohd Amar, pelan peralihan boleh mengurangkan kekecohan dan khabar angin.

"Kalau peralihan kuasa berlaku dan jelas, mungkin kekecohan ini tak berlaku," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Nik Ammar nak bodek la tu... tahu la kau tu pun sedara juga nik najis pulau melaka tu ptuhiiiii

Sebal said...

salam semua, issue panas and menarik ni..tapi takan uts pun tak faham ..Rasullullah dulu mana ada beritau Abu Bakar penganti khalifah..tapi semua org tau..and terus lantik abu bakar sebagai penganti..so, utk issue kelantan ni..emang dulu..nik mar selalu juga ganti TGNA ngajar bila TGNA sakit..tapi bab perintah negeri ni..kan dah ada timbalan MB and ada exco kanan yang tugas nye amat banyak d beri amanah olih TGNA..so..faham ajelah..masa tak faham..2 aje..Timbalan sekarang atau HUSAM..

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin
EnglishFrenchGermanSpainPortugueseRussianDutchItalianChinese SimplifiedArabicKoreanJapanese