Bukan sahaja Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan seharusnya meletakkan jawatan tetapi badan tersebut iaitu SPRM wajar dibubarkan .
Malah amat memalukan Malaysia kini berada di kedudukan ke-56 daripada 180 negara yang mana skor untuk indeks rasuahnya hanyalah 4.5 mata daripada 10 mata.
Tahun lalu Malaysia berada di kedudukan ke-47 dengan 5.1 mata. Berikut adalah Indeks Persepsi Rasuah oleh Transperancy International ( TI ) terhadap Malaysia daripada tahun 2001 - 2009 :

Malah Malaysia berkongsi nombor 56 dengan 4 buah negara iaitu Latvia , Namibia , Samao dan Slovakia ! Lihat jadual di bawah :

Terbukti berdasarkan Jadual di atas adalah kegagalan SPRM ( dulu BPR) yang berada masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri apabila menjunam 9 anak tangga daripada tahun 2008 .
Sebelum ini rakyat memberikan keyakinan apabila berlaku perubahan daripada Badan Pencengahan Rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta berlakunya pindahan akta , organisasi ini akan menjadi lebih efisyen , berintegriti , profesional , telus dan adil.
Tetapi menjadi semakin parah dan Indeks Persepsi Rasuah oleh TI adalah bukti kegagalan SPRM dan SPRM wajar dibubarkan .
Kematian dan pembunuhan Teo Beng Hock yang melibatkan SPRM menjadikan integriti dan kredebiliti SPRM jatuh merudum di mata rakyat . Malah sikap pendakwaan terpilih oleh SPRM menjadikan badan ini sudah tidak dihormati oleh rakyat Malaysia .
Selagi SPRM masih berada di bawah kuasa Perdana Menteri , selagi itulah peranan dan fungsi SPRM tidak akan dicapai lebih-lebih lagi SPRM dilihat sebagai ‘penyelamat’ pemimpin UMNO / BN .
Laporan yang berintegriti dan berautoriti seperti Laporan Ketua Audit Negara dipandang ringan dan bisu oleh SPRM kerana ianya melibatkan pemimpin UMNO/BN dan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat Kementerian dan negeri .
Ini meletakkan SPRM sebagai penyelamat kepada pemimpin UMNO /BN dan para perasuah dan penyeleweng yang terus merompak hasil negara dan wang rakyat . SPRM terus dikawal dan dipanduselia oleh Perdana Menteri dan UMNO/BN .
Malah kes-kes yang berprofile tinggi, SPRM menjadi pem’bersih’ walaupun kes rasuah dan penyelewengan tersebut terang lagi bersuluh .
Kes-kes seperti PKFZ tidak terlalu penting bagi SPRM walaupun ianya adalah merupakan skandal terbesar dalam negara .
Serangan SPRM terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat begitu memberangsangkan walaupun hanya sekadar tulisan daripada blog yang tidak pasti kesahihannya . Terus disiasat dan diambil tindakan oleh SPRM .
Tetapi kes-kes yang dilakukan oleh pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri sediri di’buta,pekakdanbisu’kan sahaja oleh SPRM walaupun telah disahkan bukti tetapi dibakul sampahkan oleh SPRM .
Semua laboran-laporan rasuah , penyelewengan dan salahguna kuasa yang dibuat oleh AMK tiada sebarang tindakan .
Justeru , AMK mencadang dan mendesak agar SPRM dibubarkan dan ditubuhkan satu organisasi anti rasuah yang bebas , telus , adil dan profesional serta diletakkan dibawah tanggungjawab parlimen dan bukan lagi Jabatan Perdana Menteri .
Kegagalan ini juga adalah merupakan kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri . Adalah memalukan Malaysia adalah lebih teruk indeks rasuah daripada negara Afrika selatan .
SELAMATKAN MALAYSIA!
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
23 November, 2009
No comments:
Post a Comment