24 November 2009

Ariffahmi terima dengan hati terbuka



KOTA BHARU - Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata, beliau menerima dengan hati terbuka cadangan supaya beliau meletakkan jawatan yang disandangnya kini.

Abdul Ariffahmi berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati yang lapang dan sedar keputusan itu dibuat bagi menjaga namai baik kepimpinan dan jaga nama baik Pas.

“Saya menerima keputusan ini dengan hati lapang. Saya sedar ia adalah untuk menjaga nama baik kepimpinan, parti dan kerajaan Kelantan.

“Saya juga terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun dengan jawatan terakhir saya adalah
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak Syawal lalu. Saya amat menghargai kepercayaannya,” katanya
kepada pemberita ketika ditemui di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Beliau yang juga menantu Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau memohon sokongan dan dorongan daripada semua pimpinan Pas baik negeri mahupun Pusat untuk sama-sama berusaha menghapuskan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap beliau.

“Saya juga pohon sokongan dan dorongan dari semua pimpinan Pas sama ada di negeri Kelantan atau di pihak Pas pusat untuk sama-sama berusaha menghapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah yang disebarkan di dalam blog tertentu.

“Saya yakin saya tidak bersalah. Saya menerima keputusan ini atas sifat untuk menjaga jemaah Pas sendiri dan menjaga Kerajaan Negeri serta nama baik tok guru (Nik Aziz),” katanya. /Sinar

No comments:

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin