29 October 2009

Taklimat Isu Semasa Diganti Dengan Seminar Khas PAS Pusat

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang mengadakan Mesyuarat Khas semalam (28 Oktober 2009) memutuskan untuk mengantikan Program Taklimat Isu-isu Penerangan yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat sebelum ini kepada Seminar Khas bagi menerangkan isu-isu dan strategi semasa parti.

Tempat program dipersetujui untuk dikekalkan iaitu di Dewan Almarhum Dato’ Fadzil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar, bermula jam 8 pagi pada 7 November 2009. Berikut adalah senarai peserta yang dijemput bagi menghadiri program ini.

* Ahli Majlis Syura Ulama Pas
* Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas Pusat
* Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
* Dewan Harian Badan Perhubungan Pas Negeri/ WP
* Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Pas Negeri/WP
* Dewan Harian Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Pas Negeri / WP
* Ahli Parlimen Pas
* Ahli Dewan Negara Pas
* Adun-Adun Pas
* Yang Dipertua Pas Kawasan
* Setiausaha Pas Kawasan
* Ketua Penerangan Pas Kawasan.
* Setiausaha Penerangan Pas Kawasan

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru kepada semua pimpinan dan ahli agar tidak lagi mengulas atau menimbulkan spekulasi dan persepsi berhubung isu Kerajaan Perpaduan yang diangggap tidak berbangkit lagi. Sebarang isu yang timbul hendaklah dirujuk kepada pimpinan dan ahli dinasihatkan agar tidak lagi melayan atau menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih kepada khalayak hingga menimbulkan persepsi yang negatif terhadap parti.

Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” – (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Maka, sebarang aduan berhubung salah laku pimpinan dan ahli hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti dan tidak perlu lagi disebarkan melalui ceramah, penulisan atau ulasan dalam akhbar, blog atau media lainnya hingga memberikan kesan buruk terhadap persepsi ahli dan rakyat keseluruhannya terhadap Pas.

Pas yakin bahawa setiap isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik melalui jalan musyawarah dan kita mempunyai tanzim yang terbaik dalam menghadapinya melalui panduan Al-Quran dan Sunnah.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

(Sumber)

2 comments:

Anonymous said...

1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

Anonymous said...

Dari amatan ku, keputusan Presiden PAS diatas memberi isyarat bahawa PAS tak perlu PR, PAS tak perlu sebarang nasihat, PAS tak perlu respon kepada isyarat rakyat, PAS boleh berdikari dengan kekuatan saf pemimpin pilihan sekarang, ... ya PAS sekarang sudah cipta sejarahnya... hebat.. waimma ... Nik Aziz tiadalah berguna lagi .. bagaikan koran buruk, ... tak reti berpolitik semacam saf pimpinan sekarang!

Nik Aziz adalah mengacau .. mengigau .. terusik oleh bayang2 sendiri saja.. melatah bila tenguk nasib dan telatah MCA sekarang .... pemimpin dengan gaya eksekutif & korporat tapi pengundi, masyarakat Cina & rakyat dah meluat....

Seminar Khas penerangan ... berbeza dengan Muktamar Khas pemilihan ...

Seminar PAS..Rakyat semakin tepu & muak dengan ceramah & retorik .... buang masa, tenaga dan wang bagi membetulkan imej individu2 "pemimpin bermasalah". Sepatutnya seminar/ penerangan bagi tujuan dakwah kebenaran & kesempurnaan Islam kepada para zimmi lagi baik. silap2 dia masuk Islam! Masa, tenaga dan wang PAS disalurkan untuk tujuan bantu ummah & rakyat yang kesempitan lagi baik. Nik Abduh kata tindakan seperti ini "kerja2 bodoh dalam parti"

Rakyat perlu PAS buat keputusan & tindakan yang konkrit serta substantial. Bukan tindakan yang political gimmick saja ... wal hasil balik asal. Masuk angin, keluar asap! PAS meletak dirinya sendiri dipersimpangan yang kabur pada kacamata rakyat ....yang mungkin berlanjutan sehingga PRU13 nanti!

Anda mungkin juga meminati:

Blog Widget by LinkWithin