Rasa curiga ini adalah wajar untuk mengetahui apakah justifikasi yang dibuat oleh pihak MARA yang dibiayai wang rakyat oleh Kerajaan sehingga membelanjakan lebih RM80,000 bagi dua unit Komputer Riba sedangkan harga pasaran hanya RM4500 sahaja untuk seunit laptop jenis dan spesifikasi tersebut di pasaran awam. MARA juga membeli Komputer Meja (Desktop) pada harga hampir RM7600 seunit. Adakah pihak MARA sewenang-wenangnya boleh membelanjakan wang rakyat sedangkan matlamat asal mereka iaitu untuk memegang amanah rakyat dan membina masyarakat bumiputera dilupakan?
SPRM harus membuktikan integritinya dengan menjalankan siasatan segera. Inilah tradisi membazirkan duit rakyat yang diamalkan kebanyakan agensi kerajaan. Kita masih belum lupa akan laporan Audit Negara pada tahun lepas membabitkan pembelian pemutar skru yang dibayar dengan jumlah ribuan ringgit. Namun tiada apa tindakan diambil.Apakah wujud dua sistem perundangan,siasatan dan dakwaan berbeza di Malaysia?

No comments:
Post a Comment